Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pesawat itu dilaporkan menuju ke Mashhad, Iran bagi tujuan upacara pengebumian jenazah pemimpin Iran yang terbunuh, Ayatollah Ali Khamenei.
Transcript
00:00Sebuah jet perjuang tentera udara Iran mengiringi pesawat yang membawa jenazah pemimpin Iran yang terbunuh Ayatollah Ali Khamenei serta anggota
00:10keluarganya pada Khamis.
00:11Pesawat itu kembali ke Iran untuk pengebumian selepas supercara penghormatan terakhir di Irak.
00:20Khamenei dilaporkan akan dikebumikan di makam paling suci di negara itu di Mashhad, timur laut Iran selepas seminggu berlangsungnya perarakan
00:29besar-besaran, perhimpunan dan upecara berkabung.
00:32Ia bertepatan dengan tercetusnya semula konflik dengan Amerika Syarikat selepas beberapa minggu genjatan senjata.
00:40Pada rabu, jenazah Khamenei dibawa dalam perarakan panjang melalui bandar suci Najaf dan Karbala di Irak.
00:47Ratusan ribu rakyat serta pengikut syiah membanjiri jalan utama di kedua-dua bandar itu bagi mengirini perarakan keranda bekas pemimpin
00:56tersebut.
00:56Sementara itu pihak penganjur memaklumkan kepada media tempatan, upecara itu ditangguhkan kepada dua petang berbanding jadual asal pada enam pagi
01:05berikutan kelewatan majlis penghormatan di Irak.
01:08Menurut media tempatan, Khamenei akan dikebumikan di makam Imam Reza, lokasi ibadat paling suci di Iran dan tempat persemadian satu
01:18-satunya imam syiah yang dimakamkan di negara itu.
01:20Khamenei turut dikebumikan bersama cucu perempuannya yang masih bayi, menantu lelaki, anak perempuan serta isteri anak lelakinya Mujtaba Khamenei yang
01:31semuanya terkorban dalam serangan pada 28 Februari lalu.
01:35Untuk rekod pihak berkuasa Iran sebelum ini menangguhkan istiadat pengebumian awam selama empat bulan, susulan konflik bersenjata dan keadaan keselamatan
01:45yang tidak menentu.
Comments

Recommended