00:00Israel bertegas tidak akan mengundurkan tenteranya dari Lubnan sehingga pejuang Hezbollah di negara itu dilucutkan senjata.
00:09Menteri Pertahanannya Israel Katz berkata kenyataan tegas itu sekaligus menafikan bayangan yang diberikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa Israel
00:18akan berundur dalam masa terdekat.
00:22Israel dalam satu kenyataan memberitahu negaranya tidak meminta kebenaran daripada sesiapa untuk memasuki Lubnan dan rejim itu juga tidak memerlukan
00:31kelulusan untuk terus kekal di sana.
00:34Menurut Katz, operasi ketenteraan tersebut merupakan hak serta kewajipan Israel demi menendungi penduduk negar Lili serta seluruh warganya daripada sebarang
00:44ancaman keselamatan.
00:45Sebelum ini, Trump yakin Israel akan berundur dari Lubnan selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
00:55Kenyataan Trump itu dibuat di luar sidang kemuncak NATO di Ankara semasa pertemuan dengan Presiden Syria, Ahmad Al-Syara'ah,
01:02meskipun barisan pemimpin kanan Israel berkeras mahu kekalkan kehadiran tentera di wilayah tersebut.
01:08Katz sekali lagi memperkukuh pendirian bersama Netanyahu bahawa tentera mereka akan terus berada di selatan Lubnan manakala pasukan keselamatan dilapor
01:19akan terus bertindak dari kawasan berkenaan bagi memantau situasi semasa.
01:25Terima kasih.
01:25Terima kasih.
Comments