00:00Sementara itu Perancis melihat Syria sebagai laluan alternatif yang berpotensi bagi penghantaran minyak ketika ketidaktentuan di Selat Hormuz terus menimbulkan
00:10kebimbangan terhadap keselamatan bekalan tenaga global.
00:13Menurut Menteri Luar Perancis John Noel Barrett, ketegangan yang memuncak antara AS dan Iran serta gangguan di Selat Strategik itu
00:22menunjukkan keperluan mendesak untuk memperbagaikan koridor tenaga antarabangsa.
00:30Menurut beliau, usaha mencari laluan alternatif penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu-satu laluan penghantaran yang berisiko terjejas akibat konflik
00:39geopolitik.
00:40Beliau juga menegaskan, Syria yang telah menggulingkan Bashar al-Assad setahun setengah yang lalu, kini melalui proses pembangunan semula dan
00:48semakin kukuh serta berpotensi menjadi hub serantau yang baru.
00:52Barrett berkata demikian selepas mengiringi Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam lawatan ke Damsyik pada Selasa.
01:00Beliau menjelaskan, lawatan tersebut bertujuan menzahirkan sokongan Perancis terhadap usaha membangunkan Syria sebagai sebuah negara yang bersatu, stabil dan berdaulat.
01:10Menurut Barrow, Paris terut berhasrat memperluaskan kerjasama dengan Syria dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi dan perdagangan.
01:19Perancis melihat pemulihan kestabilan Syria sebagai peluang strategik untuk memperkukuh jaringan logistik dan perdagangan serantau pada masa hadapan.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments