Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan harga.
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia, BNM mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75% selepas mesyuarat jawatan kuasa dasar moneteri MPC
00:11selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan harga.
00:15Bank Negara Malaysia, BNM memaklumkan ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan pada suku ke-2 tahun ini, disokong permintaan
00:23domestik yang mampan, prestasi ekspor yang lebih kukuh daripada jangkaan serta aktiviti pelaburan sektor awam dan swasta.
00:31Menurut Bank Pusat itu, unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK bagi 2026 kekal dalam julat 4 hingga 5%.
00:40Prospek ekonomi bagaimanapun masih berdepan risiko daripada ketidaktentuan konflik di Asia Barat yang boleh menjejaskan pertumbuhan global, inflasi dan rantaian
00:50bekalan.
00:51Bagaimanapun, permintaan kukuh terhadap sektor elektrik dan elektronik, E&E, pemulihan ekspor bukan E&E serta peningkatan aktiviti pelancongan dijangka
01:01terus menyokong pertumbuhan negara.
01:03BNM turut memaklumkan inflaksi, keseluruhan dan inflasi teras bagi lima bulan pertama, 2026, masing-masing mencatat purata 1.7%
01:14dan 2.1%.
01:16Walaupun harga komoditi global dijangka kekal tinggi, kesannya terhadap inflasi domestik dijangka masih terkawal hasil langkah dasar dalam negara dan
01:25permintaan yang stabil.
01:26Sehubungan itu, MPC berpandangan pendirian dasar monetaris masa kekal sesuai bagi memastikan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mempan
01:37sambil terus memantau perkembangan risiko terhadap inflasi dan ekonomi domestik.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended