Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Kementerian Kewangan memaklumkan kerajaan telah menanggung liabiliti 1MDB sebanyak RM51.4 bilion setakat Jun 2026, dengan RM31.3 bilion dana dan aset berjaya diperoleh semula.
Transcript
00:00Kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion hutang dan komitmen berkaitan One Malaysia Development Berhad, 1MDB, sehingga 30 Jun 2026.
00:14Menurut Timbalan Menteri Keuangan, Liu Chin Tong, keseluruhan bayaran yang masih perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion.
00:26Setakat 30 Jun 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion hutang dan komitmen satu Malaysia Development Berhad, 1MDB, termasuk bayaran
00:45prinsipal, faedah, kos kuaman dan operasi serta komitmen lain.
00:52Di samping itu, kerajaan masih bertanggungjawab menanggung sukuk Islamic Medium Term Notes, IMTN, yang dijamin oleh kerajaan berjumlah RM8.9
01:04bilion.
01:05Sukuk ini meliputi bayaran prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion yang akan matang pada tahun 2039.
01:17Ini bermakna secara keseluruhan tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion.
01:30Setakat ini, kerajaan telah berjaya mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB berjumlah RM31.3 bilion.
01:40Sekiranya tiada lagi pemulangan dana pada masa hadapan, kerajaan masih terpaksa menanggung baki sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi
01:57tersebut.
Comments

Recommended