Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Hasil siasatan awal mendapati suspek kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting dipercayai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.
Transcript
00:00Hasil siasatan awal mendapati, suspek kes tikam di sebuah sekolah menengah di Banting dipercayai menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap
00:10beberapa individu yang didakwa pernah membulinya.
00:14Ketua Polis Langor, Datuk Shazli Kaha berkata, bagaimanapun setakat ini, keterangan yang diperoleh belum menunjukkan wujudnya kejadian buli seperti yang
00:24didakwa.
00:25Shazli berkata banyak rakaman percakapan telah diambil, ia termasuk 10 pelajar yang namanya tular dalam media sosial dan dikaitkan dengan
00:33kes berkenaan.
00:35Mengulas keadaan mangsa, Shazli berkata pelajar berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan serta menjalani proses pemulihan
00:44di hospital.
00:46Katanya temubual terhadap mangsa juga telah dijalankan.
00:49Ketika ditanya sama ada tindakan suspek dipengaruhi hantaran media sosial berunsur jenayah, Shazli menegaskan siasatan masih dijalankan termasuk daripada aspek
00:59itu yang dipercayai boleh mempengaruhi minda dan kelakuan suspek.
01:05Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin, seorang pelajar perempuan tingkatan 3 cedera di beberapa anggota badan selepas
01:13dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.
01:17Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan.
01:26Polis bagaimanapun akan memohon lanjutan reman yang berakhir Jumaat ini.
01:31Ketika ditanya sama ada tindakan yang berakhir Jumaat ini.
01:32Ketika ditanya sama ada tindakan yang berakhir Jumaat ini.
01:33Ketika ditanya sama ada tindakan yang berakhir Jumaat ini.
Comments

Recommended