Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
AWANI Borneo Khamis 9 Julai 2026 bersama Assim Hassan

1. 10 tahun jadi mangsa gelora politik, Jambatan Batang Lupar pengubat penantian rakyat.
2. Pencarian bermula, Sabah 'buru' bakat muda sukan.
3. Padah ikut nafsu, bapa dua anak ke penjara, sebat dua kali.

Category

🗞
News
Transcript
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo.
00:11Berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:18Penantian 10 tahun berakhir, jambatan batang lupar secara rasmi dibuka.
00:26Sabah giat cari atlet masa depan.
00:34Bapa dua anak di penjara lima tahun, dua sebatan.
00:44Selepas lebih 10 tahun menunggu, akhirnya jambatan batang lupar menjadi realiti kepada masyarakat di kawasan Sebuiau dan sekitarnya.
00:53Jambatan sepanjang 4.84km ini bukan sahaja diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai jambatan terpanjang berentasi sungai di negara
01:05ini.
01:05Paling utama, ia melambangkan iltizam Kerajaan Sarawak untuk memastikan agenda pembangunan tidak terhenti walau dihambat pelbagai cabaran.
01:16Premier Sarawak, Tan Sri Abang Jori Tun Oping berkata jambatan bernilai 848.75 juta ringgit itu menjadi pemangkin kepada pembangunan
01:27ekonomi luar bandar dengan merapatkan hubungan kawasan pengeluaran, penempatan penduduk dan pasaran.
01:34Dan fakta kesemilan, kita teruskan membangun batang lupa satu. Bukan saja satu, kita pula dua jambatan di batang lupa dengan
01:50dana kita.
01:52Ini faktanya. Memang dia kata naratif kita salah. Ini fakta naratifnya yang berlaku yang dihadapi oleh kita Sarawak.
02:03Dan kalau Sabah Sarawak Link Roadnya baru mula last year, 2025, tapi kita batang lupa dah siap.
02:14Dan sengaja, yang nak nyuruh kita susah. Yang nak nyuruh orang Sarawak susah.
02:22Cerik rasa kita. Saat kita teruk. Tapi belum tahu orang Sarawak teruk. Kita dah bujang senang di situ.
02:30Hari itu jelas. Kita Sarawak dapat membangunkan infrastruktur jalan dan juga jambatan.
02:45hingga ke hari ini, kita sedang, saya dah kerja lain, mengasmi jambatan saja.
02:53Dengan adanya jambatan batang lupa ini mendekatkan lagi akses kepada kawasan kaya ikan dan subur pertanian kepada pasaran sama ada
03:03di Kuching dan Tanjung Embang maupun Sepau.
03:05projek jambatan ini diumumkan pada 16 Oktober 2016 dengan pembiayaan bersama kerajaan Sarawak dan kerajaan Pusat dengan kos dianggarkan RM1
03:16bilion.
03:17Bagaimanapun, ketika kerajaan bertukar tampuk pada 2018, projek ini bersama dua yang lain dibatalkan sebelum diteruskan oleh Abang Johari menggunakan
03:28dana kerajaan negeri bermula 23 Mac 2021.
03:35Pembinaan Jambatan Batang Lupar telah memberi impak luar biasa kepada kawasan Sebuyao dan sekitarnya.
03:41Ia ibarat penawar kepada kesusahan penduduk di kawasan itu suatu ketika dahulu yang sukar ke bandar dalam tempoh yang cepat.
03:51Dan hari ini kita dapati bahawa aliran trafik di kawasan ini, terutama sekali di kawasan Sebuyao adalah begitu tinggi sekali.
04:02Very heavy traffic. Sebuyao pun jam. Kedai makan pun penuh.
04:07Pendek kata, ianya telah membawa perubahan yang begitu ketara di kawasan Sebuyao, Meludang, Pusat dan kawasan yang berdekatan.
04:19Inilah impian, impian besar yang telah dijadikan royalti oleh kerajaan GPS di Bidan yang amat berhormat, Permian Sarawak.
04:32Inilah hadirkan rakyat bahawa jembatan kemudahan meningkatkan ekonomi ini bukan sahaja kemudahan jalan malah akan boleh memberi keupayaan kepada generasi
04:46-generasi yang akan datang dan sehingga anak cucu kita merasakan jembatan ini yang utama bagi mereka berhubung ke satu tempat
04:55ke satu tempat.
04:58Bank Negara Malaysia BNM mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75%.
05:05Selepas mesyuarat jawatan kuasa dasar monetari MPC selaras dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang mampan serta kestabilan harga,
05:15BNM memaklumkan ekonomi Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan pada suku kedua tahun ini.
05:21Disokong permintaan domestik yang mampan, prestasi ekspor yang lebih kukuh daripada jangkaan serta aktiviti pelaburan sektor awam dan swasta.
05:32Menurut Bank Pusat itu, unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK bagi 2026 kekal dalam julat 4 hingga 5%.
05:41Prospek ekonomi bagaimanapun masih berdepan risiko daripada ketidaktentuan konflik di Asia Barat yang boleh menjejaskan pertumbuhan global, inflasi dan rantaian
05:51bekalan.
05:52Bagaimanapun, permintaan kukuh terhadap sektor elektrik dan elektronik, ENE, pemulihan ekspor bukan ENE,
05:59serta peningkatan aktiviti pelancongan dijangka terus menyokong pertumbuhan negara.
06:04BNM turut memaklumkan inflaksi, keseluruhan dan inflasi teras bagi 5 bulan pertama, 2026,
06:12masing-masing mencatat purata 1.7% dan 2.1%.
06:18Walaupun harga komoditi global dijangka kekal tinggi,
06:21kesannya terhadap inflasi domestik dijangka masih terkawal hasil langkah dasar dalam negara dan permintaan yang stabil.
06:28Sehubungan itu, MPC berpandangan pendirian dasar monetaris masa kekal sesuai bagi memastikan kestabilan harga dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mempan
06:38sambil terus memantau perkembangan risiko terhadap inflasi dan ekonomi domestik.
06:44Kerajaan Sabah terus memperkukuh usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi menerusi program pencarian bakat yang diselaraskan di seluruh negeri.
06:53Inisiatif itu bukan sahaja memberi ruang kepada bakat muda untuk menyerlah, malah menggalakkan ibu bapa,
06:59memainkan peranan dalam menggalakkan penyertaan anak-anak mereka dalam pelbagai pertandingan sukan sejak usia muda.
07:07Menteri Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
07:14tanggungjawab itu telah diamanahkan kepada Madlis Sukan Negeri Sabah menerusi pelbagai program pencarian bakat melibatkan golongan muda.
07:22Sebab itu kita berharap agar khususnya keluarga-keluarga orang-orang muda ini,
07:30maknanya ibu bapak kepada orang-orang muda ini supaya mengambil ruang dan peluang dengan kemudahan-kemudahan yang sedia-sedia ada
07:36supaya dapat menimbulkan minat kepada orang-orang muda, bakat-bakat baru untuk mencuburkan diri dalam bidang-bidang atletik,
07:45bola sepak dan apa juga jenis sukan yang boleh mendatangkan kejayaan kepada diri mereka dan juga kepada Negeri Sabah.
07:56Beliau ditemui media di Lahadatu pada Khamis, sempena lawatan kerja pertama beliau ke kompleks Sukan dan Arena Belia Lahadatu,
08:04sempena jelajah KBSK bagi meninjau sendiri keadaan kemudahan Sukan serta aktiviti pembangunan Belia di daerah ini.
08:13Sebanyak 19 kompleks Sukan di seluruh negeri Sabah termasuk Tongot dan Suk bakal dinaik taraf secara berperingkat.
08:22Himpunan terbesar peminat Sukan 2 Roda Sabah Moto D 9.0 akan diadakan di pekarangan kompleks Sukan Likas di Kota
08:31Kinabalu pada 12 dan 13 September ini.
08:34Menurut pengurusi Skuad Anti Dada Sabah, Datuk Mazlan Johari Manan,
08:38pertukaran lokasi dan tarikh acara itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan cadangan daripada wakil peserta.
08:47Menurut Mazlan, penganjuran kali ini masih mengekalkan konsep sama dengan pelbagai pengisian termasuk ceramah keselamatan dan peraturan jalan raya,
08:57perkongsian klien, khidmat masyarakat, aktiviti sukan serta promosi gaya hidup sehat.
09:03Malah Sabah Moto D 9.0 pada tahun ini dijangka dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur.
09:11Kita mengambil kira permintaan ramai peminat-peminat Sukan 2 Roda yang menginginkan supaya tarikh Sabah Moto D 9.0 tahun
09:212026 ini dapat diselaraskan semula
09:24agar lebih ramai peminat-peminat yang ada di luar daripada Kota Kinabalu terutamanya untuk dapat hadir bersama-sama.
09:32Terima kasih atas sokongan semua, terima kasih atas respon-respon peminat ini.
09:36Respon ini bukan sedikit, ramai. Jadi kita mengambil kira semua penanganan dan permintaan-permintaan peminat-peminat Sukan 2 Roda ini.
09:44Penganjurkan mengadakan pelbagai segmen-segmen aktiviti yang pelbagai,
09:48antaranya ceramah-ceramah keselamatan jalan raya, ceramah-ceramah angki dada dan juga perkongsian klien-klien AEDK.
09:58Sebelum ini, penganjuran Sabah Moto D 9.0 yang dijadualkan pada 5 dan 6 September di Padang Kawat UMS
10:06mendapat bantahan daripada beberapa pihak, terutama dalam kalangan warga UMS
10:12yang menyifatkan acara berkenaan tidak sesuai diadakan di pusat pengajian tinggi itu.
10:17Pada tahun lalu, acara tersebut berjaya mencatat jumlah penyertaan kira-kira seramai 60,000 orang
10:24daripada seluruh negeri Sabah termasuk Sarawak, Labuan, Brunei, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia.
10:33Penyertaan wakil media dari Sabah dalam pekan olahraga wartawan daerah Purwada Kalimantan Utara 2
10:412026 didunukan Indonesia bukan sekadar memeriahkan temasyasukan
10:46malah membuka lebaran baru kerjasama media rentas sempadan.
10:51Acara yang menghimpunkan pengamal media dua wilayah berjiran itu
10:55dilihat mampu mengukuhkan hubungan serumpun
10:57selain memperluaskan jaringan profesional.
11:01Bupati Nunukan Irwan Sabri berkata,
11:04kehadiran wartawan dari Sabah memberi nilai tambah kepada penganjuran Purwada tahun ini
11:09dan diharap menjadi platform memperkukuh hubungan antara pengamal media di kedua-dua wilayah.
11:15Tentunya saya ingin menyampaikan Alhamdulillah Purwada kedua telah dilaksanakan di Kabupaten Nunukan.
11:25Saya berharap Purwada dua ini bisa mempersatukan rekan-rekan wartawan sekalimantan utara
11:34dan juga rekan-rekan wartawan yang ada di Malaysia didatang di Kabupaten Nunukan.
11:41Sementara itu, Kepala Dinas Pemuda dan Olahraga Provinsi Kalimantan Utara, Dr. Bustan
11:48menyifatkan Purwada bukan sekadar medan pertandingan
11:51sebaliknya platform membina silaturahim,
11:54berkongsi pengalaman serta mengukuhkan profesionalisme pengamal media.
11:59Di era sekarang kan era keterbukaan.
12:01Bagaimana kita mampu merespon cepat.
12:04Begitu juga media.
12:06Saya rasa sekali lagi kepada seluruh atlet, semua perwakilan di Provinsi Kalimantan Utara
12:14selamat bertanding, junjung sportivitas, bukan semata-mata mencari juara
12:21tetapi ada hal yang lebih penting, memperat tali persaudaraan kita, keakerapan kita.
12:26Bagi Persatuan Jaringan Media Sabah, Nuansa pula,
12:30pernyataan dalam Purwada membuka ruang baharu kepada kerjasama media rentas sempadan
12:35yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua wilayah.
12:39Selain mengeratkan hubungan antara wartawan,
12:41program seumpama itu turut menjadi platform berkongsi pengalaman
12:45dalam landscape media yang semakin berkembang.
12:47Bagi kami di pihak Buang Sa,
12:50Buang Sa yang merupakan pengalaman pertama dan memandangkan kami baru ditubuhkan
12:55dan pendedahan ini amat bermakna untuk orientasi antara kedua-dua negara
13:01di mana boleh menjadi titik tolak kepada kedua-dua pihak
13:08untuk mengadakan kerjasama, untuk mengadakan program yang seberikan lupa
13:12dan kami berharap program-program ini dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
13:18Penyertaan delegasi Sabah dalam Purwada Kalimantan Utara II
13:22bukan sahaja mencerminkan hubungan akrab masyarakat serumpun
13:25yang berkongsi sejarah, budaya dan bahasa
13:28malah membuka peluang kerjasama lebih luas dalam bidang kewartawanan,
13:33pelancongan, ekonomi serta pertukaran maklumat antara kedua-dua wilayah.
13:40Seorang ejen pelancongan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Sisyen Tawau
13:46selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual-fizikal terhadap seorang pelajar perempuan
13:52Institut Pengajian Tinggi Awam IPT A 3 tahun lalu.
13:57Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sisi kaunseling permulihan
14:02sepanjang menjalani hukuman penjara,
14:04serta berada di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas dibebaskan.
14:11Tertuduh Muhammad Syahrimi Abdul Rasid 31 tahun membuat pengakuan bersalah
14:16selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Faizah Yahya.
14:20Terdahulu bapa kepada dua anak itu dilihat menangis ketika merayu hukuman direingankan
14:25dengan alasan menjadi pencari nafkah utama keluarga,
14:29selain menzahirkan penyesalan atas perbuatannya.
14:32Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Muhammad Haikal Hazwan Mat Yatin
14:36memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal
14:38dengan mengambil kira usia mangsa yang ketika kejadian berumur 17 tahun
14:43serta tergolong dalam kumpulan yang memerlukan perlindungan.
14:47Pendakwaan turut menegaskan perbuatan tertuduh yang mencium bibir mangsa
14:51merupakan satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak yang wajar
14:55dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran.
14:59Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal
15:02dengan mencium bibir mangsa di dalam sebuah kereta jenis Produa Maivi
15:07ketika dalam perjalanan menuju sebuah resort di Batu Sembilan, Jalan Apas, Tawau
15:12kira-kira jam 7 malam pada 9 Desember 2023.
15:16Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14
15:19Kurungan E Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
15:22yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun
15:25dan sebatan jika sabit kesalahan.
15:30Sekian Awani Borneo Salah Hormat.
Comments

Recommended