Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Tertuduh mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi awam (IPTA), tiga tahun lalu.
Transcript
00:00Seorang ejen pelancongan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah Sisyen Tawau
00:06selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan
00:11Institut Pengajian Tinggi Awam IPT A 3 tahun lalu.
00:16Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan
00:21sepanjang menjalani hukuman penjara.
00:24Serta berada di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas dibebaskan.
00:31Tertuduh Muhammad Syahrimi Abdul Rasid 31 tahun membuat pengakuan bersalah
00:36selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizah Yahya.
00:40Terdahulu bapa kepada dua anak itu dilihat menangis ketika merayu hukuman direingankan
00:45dengan alasan menjadi pencari nafkah utama keluarga selain menzahirkan penyesalan atas perbuatannya.
00:52Bagaimanapun timbalan pendakwa raya Muhammad Haikal Hazwan Mat Yatin
00:56memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira usia mangsa
01:00yang ketika kejadian berumur 17 tahun serta tergolong dalam kumpulan yang memerlukan perlindungan.
01:07Pendakwaan turut menegaskan perbuatan tertuduh yang mencium bibir mangsa
01:11merupakan satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak yang wajar dikenakan hukuman berat
01:17sebagai pengajaran.
01:18Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal
01:22dengan mencium bibir mangsa di dalam sebuah kereta jenis Produa Maivi
01:27ketika dalam perjalanan menuju sebuah resort di Batu Sembilan, Jalan Apas, Tawau
01:32kira-kira jam 7 malam pada 9 Desember 2023.
01:36Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 Kurungan E Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017
01:41yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Comments

Recommended