Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kiulu kini menjadi antara contoh kejayaan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti dan pendekatan menggabungkan pertanian dengan pelancongan yang mampu mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada penduduk setempat.
Transcript
00:00Kiyulu berpotensi dibangunkan sebagai hub tanaman padi bukit berikutan keluasan tanah dan topografi berbukit yang sesuai untuk pembangunan tanaman berkenaan.
00:08Ahli Dewan Undangan Negeri Kiyulu, Dato' Joniston Bangkwai berkata kawasan itu sememangnya sudah mempunyai pengusaha padi bukit,
00:16namun potensinya boleh diperluaskan lagi dengan sokongan dan bimbingan daripada kementerian yang berkaitan.
00:25Kiyulu ini juga melihat kepada keluasan tanah yang ada, topografi dia itu berbukit bukau.
00:34Jadi kita memikirkan mungkin Kiyulu ini sesuai untuk tanaman padi bukit dan itulah kita meminta kepada kementerian untuk melihat potensi
00:45Kiyulu ini sebagai hub tanaman padi bukit.
00:48Memang ada sudah pengusaha tetapi tidaklah dalam skala besar tapi mungkin ada potensinya jika ada bantuan daripada atau tunjuk ajar
01:01daripada pihak kementerian.
01:03Jelasnya Kiyulu kini menjadi antara contoh kejayaan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti dan pendekatan menggabungkan pertanian dengan pelancongan yang mampu
01:11mewujudkan sumber pendapatan baharu kepada penduduk setempat.
01:15Beliau turut memaklumkan akan mengadakan lawatan ke Taiwan pada bulan hadapan bagi menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah township di Miaoli,
01:23wilayah Taichung bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang agro pelancongan dan pembangunan luar bandar.

Recommended