00:00Pembinaan kompleks Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Sarawak di Petrajaya dijangka dapat dimulakan segera selepas isu tapak projek berjaya diselesaikan
00:09hasil persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
00:13Pesuruh Jaya Polis Sarawak, Dato' Muhammad Zainal Abdullah berkata projek yang menilai RM520 juta itu kini berada pada peringkat penyediaan
00:21dokumen.
00:23Yang diluluskan lebih kurang RM520 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan kalau ada perubahan dari segi bajet itu
00:37mungkin disebabkan perubahan tanah yang telah diperuntukkan kepada kita.
00:41Tapi walaupun bagaimanapun kita bersyukur kerana kita dapat mencapai persetujuan antara Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan berkaitan dengan isu pemilikan
00:53tanah yang asalnya diberikan di tempat lain dan akhirnya dipindahkan di tanah yang bersebelahan.
01:00dengan IPK Sarawak dan saya harap ia akan diputuskan dan akan dibina secepat mungkinlah bagi memberikan keselesaan kepada pegawai-pegawai
01:14dan peringkat Sarawak ini untuk dapat memiliki bangunan yang baru.
01:20Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan dan Ketua Polis Daerah
01:28Padawan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan.
01:32Untuk makluman, IPK Sarawak di Jalan Badarudin, Kuching dibina pada era pemerintahan Rajahbrook sekitar tahun 1930-an.
01:40Kompleks berkenaan pada asalnya menempatkan Ibu Pejabat Pasukan Sarawak Konstabulari sebelum berfungsi secara rasmi sebagai pusat pentadbiran utama bagi Polis
01:51Diraja Malaysia PDRM di Sarawak.
Comments