00:00Baik isu keterjaminan makanan terus menjadi agenda penting negara ketika dunia berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk perubahan iklim, konflik geopolitik
00:09dan ketidaktentuan ekonomi global.
00:11Walaupun bekalan makanan negara masih stabil, pakar berpandangan, beberapa risiko utama masih membayangi usaha Malaysia memperkukuh sekuriti makanan jangka panjang.
00:20Antara cabaran utama keterjaminan makanan negara ialah kebergantungan kepada import makanan yang mendedahkan Malaysia kepada risiko gangguan rantaian bekalan global
00:29dan turun naik harga komoditi selain kesan perubahan iklim serta cuaca yang semakin tidak menentu yang sebenarnya boleh menjejaskan pengeluaran
00:37hasil pertanian tempatan.
00:39Untuk bercakap berkenaan dengan perkara ini, keterjaminan makanan dan juga sekuriti makanan, kita bersama dengan Prof. Madia Dr. Abdul Rahman
00:46Saili, Koordinator Perasiswazah Fakulti Peladangan dan Agro Teknologi UITM Sarawak yang sudah bersedia di talian. Assalamualaikum Prof.
00:55Waalaikumsalam Hafiz.
00:57Baik Prof, untuk perbincangan berkenaan dengan keterjaminan makanan dan kalau kita lihat kepada indeks keterjaminan makanan Malaysia meningkat kepada 61
01:05.5 mata, namun kalau kita melihat kepada dalam dimensi yang berbeza dan juga lebih luas, ketersediaan makanan sebenarnya merosot berbanding
01:13tahun lalu.
01:13Dan adakah ini sebenarnya menunjukkan Malaysia semakin berjaya dari segi akses kepada makanan, tetapi sebenarnya realiti yang kita lihat hari
01:21ini masih belum cukup keluar atau kukuh dari segi pengeluaran domestik, Prof.
01:27Ok Hafiz, saya melihat kepada data IKMM 2024, skor keseluruhan meningkat dari tahun 2023 sebanyak 54.5 kepada 61.5.
01:47Tetapi peningkatan ini didorong terutamanya oleh dimensi keboleh capaian yang meningkat dengan ketara daripada 59.6.
01:56kepada 79.9, serta dimensi kestabilan yang meningkat daripada 40.2 kepada 54.6.
02:06Sebaliknya, dimensi ketersediaan makanan menurun daripada 57.9 pada tahun 2023 kepada 50 pada tahun 2024.
02:22So ini memberi isyarat bahawa kapasiti pengeluaran makanan dalam negara masih belum berkembang pada kadar yang diperlukan untuk memenuhi permintaan
02:36yang semakin meningkat.
02:37maknanya rakyat masih mempunyai akses kepada makanan kerana sistem import, distribusi ataupun pengedaran dan pasaran berfungsi dengan baik.
02:51Namun dari sudut keselamatan makanan jangka panjang, saya rasa kita masih belum mempunyai asas pengeluaran domestik yang benar-benar kukuh.
03:02Oleh itu, fokus selepas ini perlu diberi kepada peningkatan produktiviti sektor pertanian melalui penggunaan teknologi, penyelidikan dan inovasi,
03:18pembangunan variti tanaman yang tahan terhadap perubahan iklim dan juga memperkukuhkan penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian.
03:32Baik Prof, kalau kita lihat kita masih lagi bergantung kepada import, kalaulah bekalan tempatan pada waktu ini tidak mencukupi dan
03:39sebagainya.
03:40Dalam konteks ini, kalau kita melihat kepada keadaan geopolitik dunia yang semakin tidak menentu dan juga risiko perubahan iklim yang
03:46sedang kita lalui,
03:48El Nino dan perubahan cuaca yang boleh berubah dalam sklid mata ini, sejauh mana kita boleh melihat model keterjaminan makanan
03:54yang bergantung kepada import ini benar-benar
03:56mampan dan juga sastain untuk jangka panjang bagi keperluan rakyat kita secara keseluruhannya Prof.
04:04Ok Hafiz, bagi saya import ini tidak ada masalah. Import merupakan sebahagian daripada sistem perdagangan global dan hampir semua negara
04:17mengamalkannya.
04:17Namun isu sebenarnya saya lihat adalah tahap kebergantungan terhadap import.
04:26Apabila sesebuah negara terlalu bergantung kepada bekalan luar, negara tersebut akan menjadi lebih terdedah kepada gangguan rantaian bekalan makanan
04:39akibat konflik geopolitik, perang perdagangan, pandemik, perubahan iklim, kenaikan kos pengangkutan dan juga turun naik kadar pertukaran mata wang.
04:53Jadi pengalaman kita semasa pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa gangguan di peringkat global boleh memberi kesan secara langsung kepada
05:07bekalan dan harga makanan dalam negara.
05:11Oleh itu saya berpendapat strategi Malaysia perlu berasaskan keseimbangan.
05:20Kita perlu terus memanfaatkan perdagangan antarabangsa tetapi pada masa yang sama kita harus meningkatkan tahap secara diri bagi makanan strategik
05:33seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan ternakan.
05:37Dengan kata lain, import sepatutnya menjadi mekanisme pelengkap bukan menjadi asas utama keterjaminan makanan negara.
05:52Baik Prof, kalau kita meneliti laporan Dozum menyebut bahawa teknologi pertanian menjadi punca ataupun pemacu utama peningkatan indeks apa yang
06:01kita katakan bekalan makanan ini.
06:03Namun dalam soalan-sosulan daripada kenyataan yang dikeluarkan ataupun dapatan dikeluarkan Dozum,
06:08adakah teknologi ini sudah cukup meluas digunakan atau sebenarnya tertumpu kepada sektor-sektor tertentu sahaja yang akhirnya tidaklah mencapai secara
06:19keseluruhannya?
06:20Atau bagaimana Prof melihat kepada kenyataan ini?
06:24Okey, pada pandangan saya teknologi pertanian memang semakin berkembang tetapi penggunaannya bagi saya masih belum menyeluruh.
06:38Hari ini kita boleh lihat penggunaan drone, penggunaan internet of thing, IoT, kecedasan buatan, AI, sensor pintar,
06:49analitik data, apa lagi, sistem pertanian berketepatan semakin meningkat dan meluas.
06:56Teknologi ini terbukti dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan apa lagi kos pengeluaran dan juga mengoptimumkan penggunaan air baja dan racun.
07:09Namun begitu, kebanyakan saya lihat teknologi ini masih tertumpu kepada syarikat besar, estate commercial dan juga projek perintis.
07:23Majoriti petani kecil masih menghadapi cabaran kos pelaburan yang tinggi, kekurangan latihan, kemahiran digital yang terhad dan juga akses kepada
07:36pembayaan.
07:37Oleh itu, transformasi digital sektor pertanian perlu bersifat inklusif.
07:46Di mana kerajaan perlu memperluaskan latihan, menyediakan insentif dan juga memudahkan akses kepada teknologi supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh semua
08:02petani.
08:02Bukan hanya sebagian kecil pemain industri.
08:07So, apabila teknologi ini dapat digunakan secara meluas, barulah produktiviti negara dapat meningkat secara signifikan.
08:18Itu jawapan saya, Fiz.
08:21Baik, terima kasih Prof. Dan Prof ada menyebut soal IKMM dan Malaysia menggunakan IKMM ini ataupun Indeks Keterjaminan Makanan Malaysia
08:29sebagai penanda aras
08:30bagi dasar Keterjaminan Makanan Negara bagi tahun 2030 dan juga RMK13 yang sedang kita ikuti pada waktu ini.
08:38Dan kalau kita melihat kepada apa yang dikongsikan ini, kalau doktor boleh kongsikan apa petunjuk kejayaan sebenar yang perlu kita
08:44capai
08:45menjelang kepada 2030 yang berbaki 7 ataupun 6 tahun sahaja lagi.
08:50Dan adakah dasar ini sekadar meningkatkan skor Indeks mata-mata ataupun kita perlu melihat kepada pengurangan
08:55kebergantungan impor dan juga memperkukuhkan pengeluaran Makanan Strategik Negara?
09:00Doktor.
09:01Okey, Hafez ya, pada pandangan saya kejayaan ini tidak boleh diukur hanya melalui peningkatan skor IKMM eh.
09:14Indeks ini adalah hanyalah alat pengukuran eh. Yang lebih penting ialah perubahan sebenar dalam sistem makanan negara.
09:23So, menjelang tahun 2020-2030 eh, kita perlu melihat aa bagi saya peningkatan pengeluaran makanan domestik.
09:33Peningkatan tahap sara diri, ha, bagi makanan strategik.
09:38Pengurangan aa kebergantungan kepada import, peningkatan aa produktiviti sektor pertanian,
09:47penggunaan teknologi secara meluas, aa peningkatan pendapatan pertani dan juga pengurangan kehilangan dan pembaziran makanan.
09:59Selain itu, kita juga perlu memastikan aa sektor aa pertanian ini menjadi lebih aa menarik ya,
10:08lebih atraktif kepada golongan muda, aa lebih berdaya saing, lebih dan lebih berorientasikan aa komersial eh.
10:15Jika semua indikator ini dapat dicapai, aa peningkatan skor IKMM akan berlaku secara natural, secara semula jadi.
10:25Kerana sistem aa makanan negara menjadi lebih kukuh dan lebih aa berdaya tahan.
10:33Baik Prof, aa dan ini mungkin soalan terakhir saya Prof Doktor.
10:36Kalau saya ikuti semalam aa sidang media secara ringkas di Johor oleh Datuk Seri Haji Muhammad Bin Sabu,
10:42Menteri Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan, aa beliau baru saja balik daripada Iran dan beliau melihat kepada bagaimana Iran menguruskan
10:48aa makanan mereka dalam keadaan perang.
10:51Masih lagi dapat menampung 85% penduduk di sana.
10:54Apa yang kita boleh belajar secara ringkas Prof aa tentang dunia luar ini dan juga kita katakan sebagai best practices
11:00ataupun amalan terbaik yang boleh kita gunakan dalam konteks Malaysia Prof?
11:06Aa mungkin kita harus aa melihat kepada aa risiko eh aa risiko terbesar gabungan beberapa faktor yang berlaku secara serentak
11:17yang aa kita hadapi sekarang eh aa antaranya aa perubahan iklim aa di mana cuaca ekstrim aa banjir kemarau, serangan
11:26penyakit.
11:26di samping aa aa konflik geopolitik aa aa di aa yang berlaku sekarang ya gangguan rantaian bekalan aa lepas itu
11:38kenaikan kos input petanian dan ketidaktentuan aa ekonomi global ya.
11:43Jadi aa kita boleh melihat aa di mana Malaysia aa mempunyai kekuatan aa seperti sistem logistik yang baik, dasar kerajaan
11:53yang jelas dan sektor petanian yang masih mempunyai aa
11:56aa potensi besar ya untuk berkembang aa namun begitu aa bila kita lihat tadi data IKMM sendiri menunjukkan bahawa dimensi
12:05ketersediaan makanan masih memerlukan aa perhatian.
12:09Justru kita perlu aa meningkatkan aa daya tahan ya sistem makanan negara aa melalui pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan RnD,
12:21inovasi teknologi, pembangunan modal insan, pengurusan stok penimbang makanan,
12:26keberbagaian sumber import aa serta peningkatan aa pengeluaran aa domestik ya. Jadi kesimpulannya kita boleh belajar daripada negara luar, negara
12:37lain ya.
12:37Keterjainan makanan bukan sekadar memastikan makanan sentiasa aa ada di pasaran tetapi memastikan negara mempunyai keupayaan menghasilkan,
12:47mengagihkan, menyediakan ya makanan yang mencukupi aa serta selamat untuk dimakan, mampu untuk dibeli walaupun berdepan dengan pelbagai aa krisis
12:59aa global ya.
13:01Jadi pada pendapat saya, itulah matlamat aa sebenar yang aa kita perlu capai menjelang aa dua puluh aa tiga puluh.
13:10Baik, saya ucapkan terima kasih kepada Prof. Mahdia Dr. Abdul Rahman Sayli, Koordinator Prahasiswazah Fakulti Peladangan dan Agrotehnologi UITM Sarawak.
13:18Terima kasih Prof atas perkongsian yang aa penting untuk kita bercakap berkenaan dengan keterjaminan makanan.
Comments