00:00Bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menegaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, beliau tidak pernah meraih keuntungan peribadi daripada program
00:08Jana Wibawa.
00:10Sebaliknya, beliau mendakwa Muhyiddin Yassin yang mempunyai kepentingan dalam program itu.
00:15Tengku Zafrul mengesahkan tiada ganjaran kewangan diterima sepanjang berkhidmat di bawah pentadbiran Muhyiddin.
00:21Jelasnya objektif asal Jana Wibawa adalah untuk membantu kontraktor Bumi Putra ketika krisis COVID-19.
00:28Dalam perbicaraan itu, Muhyiddin berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM225.3 juta bagi parti bersatu melibatkan projek
00:41daripada tiga syarikat.
00:43Ahli Parlimen Pago itu turut berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM200 juta yang dimasukkan ke dalam
00:52akaun bank milik parti berkenaan.
00:53Jika sabit kesalahan nak dibawa Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM dan Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
01:02bekas Perdana Menteri itu boleh dihukum penjara maksimum sehingga 20 tahun.
Comments