00:00Seterusnya, Pakatan Harapan PH mendakwa momentum sokongan pengundi terhadap gabungan itu semakin meningkat selepas memasuki separuh pertama tempoh berkempen untuk
00:09pilihan raya negeri Johor ini.
00:11Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan pemantauan dalaman di kawasan-kawasan utama yang
00:19ditandingi oleh PKR, Amanah dan juga DAP.
00:25Menurut beliau, peningkatan sokongan tersebut didorong oleh strategi kempen PH selain beberapa perkembangan politik melibatkan pihak lawan.
00:33Yang saya maksudkan untuk kawasan-kawasan ini, separuh masa yang pertama kempen ini menunjukkan tren sokongan yang sangat meyakinkan.
00:45Partly because of strategi parti yang kita gunakan, tapi ada ketikanya juga pihak lawan juga membantu, melonjakkan balik sokongan kita.
00:58Saifuddin berkata, antara faktor yang memberi kesan kepada sentimen pengundi ialah pengumuman PAS yang hanya bertanding di sebelah kerusi
01:06dan menyatakan sokongan kepada barisan nasional BN di kawasan yang tidak ditandinginya.
01:11Menurut beliau, keputusan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pengundi kerana PAS bertanding menetang UMNO di sebahagian kerusi
01:18namun tidak menyokong calon bersatu di kerusi lain yang mewakili Perikatan Nasional BN.
01:23Jadi, mesej ini menunjukkan bagaimana PAS mengambil rakyat Johor ini, dia boleh mencaturkan begitu saja mengikut selera politik.
01:36Dan itu tak bagus. Berbeza pendekatan kempen Pakatan Harapan. Kami terus terang dan sangat transparan.
01:41Beliau berkata pendekatan PH pula lebih telus dengan pembagian kerusi yang jelas melibatkan 20 kerusi PKR,
01:4919 kerusi amanah dan 17 kerusi DAP untuk menawarkan satu pilihan kerajaan kepada rakyat.
01:55Tambah beliau manifesto PH juga dirangka supaya mudah difahami, realistik serta mempunyai garis masa pelaksanaan yang jelas.
02:03Saifuddin turut menyifatkan kehadiran Perdana Menteri pada kempen PH semalam
02:08serta penyertaan bekas ahli majlis tertinggi UMNO di pentas PH sebagai perkembangan positif
02:14yang mampu mengukuhkan lagi momentum kempen gabungan itu menjelang hari pengundian.
Comments