00:00Sekurang-kurangnya 8 elemen seni dan budaya Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
00:09UNESCO sejak tahun 2014.
00:12Menurut Ketua Pengarah Jepatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN Muhammad Amran Muhammad Haris, pencapaian tersebut sekaligus membuktikan warisan budaya negara
00:22mampu menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
00:28Tambahnya kejayaan tersebut hasil kerjasama erat antara Jabatan Warisan Negara dan JKKN dalam usaha memelihara serta mengangkat seni tradisi Malaysia
00:36ke persadar dunia.
00:38Antara warisan yang telah menerima pengiktirafan UNESCO ialah Mak Yung, Silat, Mek Mulung dan Dondang Sayang.
00:44Manakala usaha untuk mencalonkan dikir barat ke senarai pengiktirafan berkenaan sedang dilaksanakan.
00:50Jelasnya pengiktirafan UNESCO memberikan nilai tambah yang besar kepada sesuatu warisan budaya kerana ia menjadi salah satu tarikan utama kepada
00:59pelancong asing untuk mengenali identiti sesebuah negara.
01:02Mengulas lanjut, Muhammad Amran berkata pihaknya menghargai pendekatan kerajaan negeri yang memberikan ruang kepada penganjuran persembahan seni tradisi seperti main
01:12puteri dan menora.
01:14Menurutnya penganjuran persembahan tersebut perlu mematuhi enakmen hiburan negeri serta bebas daripada unsur kurafat.
01:20Pendekatan itu memberikan nafas baru kepada usaha memelihara seni tradisi tempatan dan memastikan warisan budaya terus berkembang selaras dengan garis
01:29panduan yang ditetapkan.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments