Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
AS meraikan ulang tahun ke-250 kemerdekaan menerusi Sail4th 250 di Pelabuhan New York yang menghimpunkan kapal layar tinggi dan kapal tentera laut dari pelbagai negara.
Transcript
00:00Amerika Syarikat menyambut ulang tahun ke-250 kemerdekaannya menerusi perarakan maritim Sailor 250 di pelabuhan New York pada Sabtu.
00:11Acara itu menghimpunkan kapal layar tinggi, kapal perang Amerika Syarikat serta kapal tentera laut dari pelbagai negara yang berlayar memasuki
00:19pelabuhan ikonik berkenaan.
00:23Ribuan pengunjung memenuhi pesisi pantai New York dan New Jersey bagi menyaksikan perarakan kapal berlata belakangkan patung Liberty One World
00:31Trade Center dan latar langit Manhattan.
00:34Kehadiran bot keselamatan polis marin serta pengawal pantai Amerika turut memperkukuh kawalan sepanjang sambutan berlangsung.
00:41Sargent Corps Marine America Levy Brown berkata acara itu mencerminkan kepelbagaian masyarakat negara tersebut selain menyatukan rakyat daripada pelbagai latar
00:51belakang.
00:52Menurutnya sambutan berkenaan memberi peluang kepada rakyat meraihkan sejarah dan warisan negara sambil mengukuhkan semangat kebersamaan.
01:00Ini merupakan sebahagian daripada siri sambutan sepenuh ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika yang diraihkan sepanjang tahun ini.
01:08Perarakan itu turut mengimbau sambutan pada 1976 yang pernah menyaksikan perhimpunan kapal-kapal dari seluruh dunia di pelabuhan New York.
Comments

Recommended