Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kira-kira 400,000 murid Tahun Empat akan menduduki Matriks Pembelajaran Tahun Empat bagi kohort pertama pelaksanaannya di seluruh negara pada Oktober ini. Pentaksiran yang dikendalikan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan itu bertujuan mengukur pencapaian murid mengikut standard nasional dan antarabangsa, selain membantu guru mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pembelajaran murid.
Transcript
00:00Bertemu kembali, seramai 400,000 murid tahun 4 bakal menduduki metriks pembelajaran tahun 4 bagi kohot pertama pelaksanaannya di seluruh
00:09negara bermula pada 6 hingga 9 Oktober tahun ini.
00:13Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, AB Aziz Mamad memaklumkan bahawa instrumen pentaksiran atau ketassoalan akan dibangunkan oleh lembaga peperiksaan
00:23dengan kerjasama guru-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran.
00:33Antara lain pentaksiran berkenaan akan melibatkan empat mata pelajaran teras iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
00:42Bagi murid sekolah jenis kebangsaan, pentaksiran turut melibatkan mata pelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil.
00:48Tambah AB Aziz, pihak sekolah dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua murid tahun 4 didaftarkan bagi menduduki pentaksiran itu selain menyediakan kertassoalan
00:59yang mencukupi agar tiada calon terciceh.
01:03Justru bagi memastikan penyeragaman standar pentaksiran di seluruh negara, instrumen seperti kertassoalan akan dibangunkan oleh lembaga peperiksaan dengan kerjasama guru
01:13-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
01:16Jelas beliau soalan yang disediakan akan melibatkan bahagian objektif dan subjektif dengan pelbagai aras kesukaran bagi mengukur pengetahuan, aplikasi, penyelesaian
01:27masalah serta kemahiran berfikir aras tinggi.
01:31Pembinaan soalan turut mengambil kira amalan pentaksiran antarabangsa seperti Southeast Asia Primary Learning Matrix, Trends in International Mathematics and Science
01:41Study and Program for International Student Assessment.
01:44Selain itu, lembaga peperiksaan juga memutuskan agar pentaksiran ini dikendalikan secara berpusat bagi memastikan keyakinan awam terhadap sistem penilaian yang
01:54dilaksanakan.
01:56Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa keputusan Matrix pembelajaran tahun 4 akan menggunakan sistem grade dan skor yang sama seperti ujian
02:04akhir sesi akademik.
02:06Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak akan digunakan sebagai syarat kemasukan ke sekolah beras ramah penuh maktab rendah sains marah atau sekolah
02:15khusus lain.
02:16Pada 20 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umum Kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baru penilaian pembelajaran di sekolah
02:25rendah dan menengah melalui Matrix Pembelajaran Malaysia.
02:28Inisiatif itu akan bermula dengan pengukuran pembelajaran tahun 4 pada 2026 dan diikuti pengukuran pembelajaran tingkatan 3 pada 2027.
Comments

Recommended