00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan persekutuan terpaksa menanggung beban hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda mencecah hampir
00:09RM1 bilion setiap tahun.
00:12Bebanan tersebut menurutnya harus dipikul kerajaan ketika ini, ekoran kelemahan pengurusan daripada pentadbiran sebelum ini.
00:21Anwar yang juga merangkap Menteri Kewangan berkata, tanggungjawab melunaskan komitmen kewangan itu kini digalas oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan dan
00:31kelangsungan hidup warga peneroka Felda terus terpelihara.
00:34Jelasnya Felda pernah melalui tempoh pengurusan yang baik pada suatu masa dahulu namun berdepan kemerosotan selepas berlaku pertukaran pengurusan sehingga
00:43memberi kesan kepada Felda dan para peneroka.
00:46Tambahnya kerajaan terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan walaupun peneroka tidak sepatutnya menjadi pihak yang menanggung akibat daripada kelemahan tersebut.
00:56Beliau menyampaikan perkara tersebut dalam program Dialog Terbuka Belia Johor di Felda Ulu Teberau, Johor Baru.
01:02Mengulas mengenai potensi besar ekonomi di Johor, Anwar menyatakan keyakinan terhadap masa depan negeri itu yang disifatkan mempunyai potensi besar
01:11melalui pelaksanaan zon ekonomi khas Johor Singapura JSS IZ.
01:14Menurut Anwar, Kedudukan Strategik dan Kelebihan Geografi Johor memberikan kelebihan kepada negeri itu untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi di peringkat
01:24domestik dan serantau.
01:26Beliau juga yakin bahawa Johor berupaya menjadi seperti Shenzhen di China yang berjaya muncul sebagai pusat ekonomi dan pelaburan utama.
01:34Justeru beliau menegaskan kerajaan tidak mengaibkan nasib golongan marhain disebalik pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi seperti sistem transit rapid RTS
01:43-Link dan sistem aliran transit automasi ART.
01:48Terima kasih.
01:48Terima kasih.
Comments