Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Rundingan Amerika Syarikat dan Iran akan disambung di Pakistan pada 11 Julai, melibatkan isu sekatan ekonomi, aset dibekukan dan program nuklear susulan memorandum penamatan konflik yang dimeterai Jun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran akan disambung semula di Pakistan pada 11 Julai ini.
00:07Agensi berita Sputnik yang memetik laporan saluran berita Al-Arabia pada Sabtu memaklumkan rundingan kali ini dilaporkan bakal merangkumi isu
00:16sekatan ekonomi aset Iran yang dibekukan serta isu nuklear.
00:23Menurut laporan itu, komposisi delegasi Iran hanya akan ditentukan selepas Majlis Pengemubian Bekas Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamini yang
00:33dijadualkan pada 9 Julai.
00:35Pada 18 Jun lepas, Iran dan Amerika memetrai satu memorandum secara dalam talian. Ia memperuntukkan penamatan konflik ketenteraan yang bermula
00:44pada 28 Februari.
00:45Dokumen berkenaan turut menetapkan garis masa bagi Amerika menarik balik sekatan maritimnya terhadap pelabuhan Iran.
00:53Manakala Iran pula perlu memulihkan semula aktiviti perkapalan melalui selat hormus.
00:59Iran juga komited untuk tidak memperoleh senjata nuklear dengan isu program nuklear Iran akan diselesaikan menerusi perjanjian berasingan.
01:07Kedua-dua pihak akan mengadakan rundingan mengenai perkara itu dalam tempoh 60 hari dengan Tehran menyasarkan penarikan balik sekatan anti
01:16-Iran sebagai keputusan akhir rundingan.
Comments

Recommended