Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.05–RM4.07 berbanding dolar AS, dengan tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC dan keputusan MPC BNM, di tengah jangkaan OPR kekal dan sentimen global berhati-hati.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ringgit diunjur diniagakan dalam Julat RM4.05 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu depan.
00:08Ini ketika pasaran berkemungkinan menumpukan perkembangan membabitkan jawatan kuasa pasaran terbuka Persekutuan Amerika FOMC
00:16serta jawatan kuasa dasar monetari MPC Bank Negara Malaysia BNM.
00:24FOMC dijangka mengumumkan minit mesyuaratnya pada 9 Julai ini manakala mesyuarat MPC pula dijadualkan pada tarikh sama.
00:32Menurut Ketua Ali Ekonomi Bank Mawmalat Malaysia Berhad Dr. Mohd Afzani Zam Abdul Rashid,
00:38kalangan peniaga, pelabur dan ali ekonomi akan meneliti minit mesyuarat FOMC bagi mendapatkan isyarat berkaitan kadar faedah utama Amerika
00:47berikutan ketiadaan sebarang petunjuk mengenai prospek dasar pada mesyuarat Jun lepas.
00:53Pihaknya juga percaya Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar dasar semalaman OPR pada 2.75% berikutan tiada sebab kukuh
01:02untuk mengubah pendirian dasar monetari semasa.
01:06Muhammad Afzani Zam berkata gandingan dolar Amerika dan ringgit juga berkemungkinan cuba untuk melepasi paras RM4.05 pada minggu depan.
01:14Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit meningkat kepada 4.0690, palang 0735 berbanding dolar Amerika daripada 4.0860, palang 0910
01:28pada minggu sebelumnya.
01:31Dalam pada itu, sepanjang minggu ini ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Comments

Recommended