00:00Taktik sebuah premis kita semula beroperasi tanpa lesin diijuk berakhir apabila diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada Rabu.
00:09Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor MPKS, Muhammad Lutfi Mislah Houdin berkata selepas pemeriksaan selama 4 jam operasi premis
00:21berkenaan diarahkan tutup serta merta atas pelbagai kesalahan.
00:27Serbuan kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan hasil risikan selepas premis tersebut dipercayai beroperasi secara haram sejak 6 bulan
00:36lalu.
00:37Operasi bersepadu itu melibatkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar serta beberapa agensi kerajaan lain.
00:45Antara tindakan yang diambil termasuk pengeluaran notis bagi menghapuskan kacau ganggu, mengalihkan halangan dan tindakan terhadap pembinaan tanpa kelulusan pihak
00:56berkuasa tempatan.
00:57Kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan gagal membersihkan bangunan dan meletakkan longgokan guni berisi plastik di tempat awam.
01:05Pihak berkuasa juga menyita pelbagai peralatan yang digunakan dalam operasi premis tersebut termasuk kipas, penimbang berat digital, tukul dan troli.
01:15Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Undang-Undang Kecil Pelisenan Trade,
01:28Perniagaan dan Perindustrian.