00:00Baik, terima kasih, Galis. Parti-parti yang bertanding pada pilihan raya negeri PRN Johor perlu menawarkan manifesto yang realistik dengan
00:08memberi tumpuan kepada penyediaan peluang pekerjaan bergaji bermaruah.
00:13Antara lain, memastikan hubungan erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diteruskan bagi menjamin pelaksanaan setiap janji kepada rakyat.
00:22Penganalisis politik Universiti Malaya Dr. Mohd Taufik Yaakob berkata kesinambungan dan keselarasan pentadbiran antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam konteks
00:33federalisme adalah penting.
00:37Ini bagi memastikan penyaluran dana dan pelaksanaan manifesto dapat diteruskan selepas PRN.
00:44Sebenarnya rakyat yang menang, bukan parti-parti politik yang menang dan rakyat kena pastikan bahawa dalam konteks nak melaksanakan manifesto,
00:56parti-parti politik kali ini mestilah betul-betul boleh menunaikan janji tersebut, jangan hanya sekadar janji dan akhirnya selepas pihan
01:04raya mereka pulang ke tempat masing-masing, tempat asal mereka dan terus berdiam diri.
01:08Jelasnya manifesto yang ditawarkan juga perlu memberi penekanan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi peluang pekerjaan dan gaji yang
01:17bermaruah
01:18supaya lebih ramai rakyat Johor tidak lagi bergantung kepada Singapura untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
01:24Menurutnya lagi, walaupun nilai mata wang Singapura lebih kukuh berbanding Malaysia, usaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti di Johor mampu
01:33menarik lebih ramai rakyat untuk bekerja di negeri sendiri.
01:35Sekaligus, merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
01:39Beliau berkata langkah itu juga dapat mengurangkan beban kos pengangkutan dan keletihan yang ditanggung pekerja yang berulang alik ke Singapura
01:46setiap hari.
Comments