Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata siasatan awal mendapati ada antara individu yang ditahan itu dipercayai pernah disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia sebelum ini.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Malaysia menahan 13 warga negara asing dalam sebuah operasi khas di Sempadan Kelantan pada Khamis.
00:07Ia selepas mereka dikesan cuba menceroboh masuk ke negara ini melalui laluan tidak diwartakan atau lorong tikus.
00:17Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan awal mendapati ada antara individu yang ditahan dipercayai pernah disenarai hitamkan daripada
00:26memasuki Malaysia sebelum ini.
00:27Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata berdasarkan maklumat awam dan risikan, dalam operasi khas bermula 5-10 minit pagi
00:35itu, pasukan operasi menyerbu lokasi pertama di sekitar terminal bas.
00:40Ia kemudian membawa kepada penahanan 8 lelaki warga Bangladesh serta 3 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia.
00:48Zakaria berkata, di lokasi kedua pula pihaknya menyerbu sebuah kawasan perumahan dan berjaya menahan seorang wanita warga negara Myanmar yang
00:56cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
00:59Kesemua warga asing berusia 22 hingga 55 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6-1-C dan
01:08Seksyen 15-1-C Akta Imigresen 1959 Palang 63.
01:15Turut disita dalam operasi tersebut ialah 4 naskah pasport Bangladesh, 4 naskah pasport Indonesia serta sebuah kenderaan jenis Proton Preve
01:24yang dipercayai digunakan bagi memudahkan pergerakan kumpulan warga asing berkenaan.
Comments

Recommended