00:00Seterusnya, Delegasi Kerajaan Malaysia yang diketuai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah
00:10bekas pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Said Ali Khamenei di Grand Mosala Tehran pada Jumaat.
00:17Beliau merupakan antara ratusan pemimpin dan wakil negara yang hadir bagi menyaksikan upacara bersejarah itu sebelum pengebumian dijadwalkan berlangsung di
00:27Masyad pada 9 Julai.
00:30Turut mengiringi Muhammad ialah setiusaha politik kepada Menteri KPKM Yuhayzad Abdullah, setiusaha bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri Wan Aznai
00:40Nizam Yusri Wan Abdul Rashid serta pegawai tugas-tugas khas tiga Menteri KPKM Abdul Hakim Azmi.
00:48Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM Muhammad Azmi Abdul Hamid juga turut hadir bersama delegasi pemimpin masyarakat dan pertubuhan
00:57bukan kerajaan.
00:58Majlis berkabung itu diadakan lebih 100 hari selepas Ali Khamenei terkorban dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari
01:07lalu.
01:08Majlis pengebumian akan berlangsung di tiga kota di Iran iaitu Tehran, Qom dan Masyad.
01:14Difahamkan jenazah Ali Khamenei akan dibawa ke Najaf dan Karbala di Irak sebelum dikebumikan di Masyad pada 9 Julai depan.
Comments