Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Nasib Julian Nagelsmann telah ditentukan selepas pasukan itu tewas 4-3 menerusi sepakan penalti menentang Paraguay dalam perlawanan kalah mati pada Isnin, dengan kebanyakan kritikan ditujukan ke arah beliau.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Julian Nagelsmann meletakkan jawatan sebagai juru latih Jerman.
00:04Menurut persatuan bola sepak Jerman DFB pada Jumaat,
00:08tindakan itu dilakukan selepas pasukan itu tersingkir pada pusingan 32 Piala Dunia 2026.
00:16Tambah DFB pihaknya sedang berbincang dengan bekas pengurus Liverpool, JΓΌrgen Klopp.
00:21Satu kenyataan menjelaskan bahawa pihak berkepentingan
00:24sebulat suara memutuskan atas cadangan Presiden DFB, Ben Neuendorf,
00:29untuk segera menamatkan kontrak dengan Nagelsmann.
00:32Ujar kenyataan sama Nagelsmann telahpun meminta dalam perbualan sulit
00:36dengan kepimpinan persatuan pada hari sebelumnya untuk dilepaskan daripada tugasnya.
00:42Nasib Nagelsmann telah ditentukan selepas pasukan itu tewas 4-3,
00:46menerusi sepakan penalti menentang Paraguay dalam perlawanan kalah mati pada Isnin
00:51dengan kebanyakan kritikan ditujukan ke arah beliau.
00:54Jerman yang merupakan juara empat kali Piala Dunia
00:57turut tewas dalam perlawanan terakhir kumpulan E menentang Ecuador
01:00selepas memenangi dua perlawanan pertama mereka di kejohanan itu
01:04menentang Curacao dan Ivory Coast.
Comments

Recommended