Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan dua anaknya yang disiasat berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan dipercayai berada di Eropah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya, semakan polis mendapati isteri Allahyarhamtun Daim Zainuddin, Tuh Puan Naimah Abdul Khalid dan dua anak-anaknya yang disiasat
00:08berhubung dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan, dipercayai berada di Eropah.
00:13Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata, polis melalui bahagian hubungan antarabangsa dan Biro Pusat Nasional atau
00:20NCB Interpol Kuala Lumpur,
00:22sedang bekerjasama rapat untuk mengesan lokasi kedudukan sebenar mereka untuk dibawa pulang.
00:30Tegas beliau, segala tindakan yang diambil polis adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang tanpa prejudis atau agenda terpilih,
00:38demi memastikan keselamatan serta kedaulatan perundangan negara terus terpelihara.
00:44Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Kesiksaan iaitu berkaitan dengan kesalahan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
00:53Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Kepung Lim Lim Eng mengenai usaha kerajaan dalam membawa isteri
01:02Daim dan dua anaknya pulang ke Malaysia.
01:04Pada 27 Februari lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Khalid Ismail berkata,
01:09satu laporan diterima pihaknya berkenaan isu terbabit dengan dawaan melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.
01:18Kata Muhammad Khalid, siasatan perkara itu dijalankan unit siasatan jenayah terkelas USJT Jabatan Siasatan Jenayah.
01:26Berkenaan dawaan itu, Naimah pula menyifatkan dawaan beliau cuba menggugat atau menjatuhkan kerajaan sebagai tidak masuk akal
01:33sambil menegaskan tidak pernah terbabit, mempertimbangkan atau menyokong sebarang usaha sedemikian.
Comments

Recommended