00:00Walaupun harga durian variety premium dilaporkan turun 30% sesudah lambakan hasil di pasaran ketika ini, keadaan itu tidak memberikan
00:08kesamsar kepada pengusaha tanaman berkenaan di Perak.
00:11Wakil komuniti pekebun durian Perak, Muhammad Kamal Nuh Safi'i berkata, situasi berkenaan merupakan fenomena biasa dalam industri durian yang
00:19dipengaruhi faktor penawaran dan permintaan semasa.
00:23Katanya ketika ini, harga Musang King jatuh sehingga RM20 sekilogram berbanding sebelum ini yang boleh mencecah RM30 hingga RM35 sekilogram.
00:33Menurutnya, walaupun berlaku penyusutan harga pada musim ini, perlu difahami variati premium seperti Musang King, Duri Hitam dan D24 boleh
00:42mengeluarkan hasil 3 hingga 4 kali setahun sekaligus membantu menampung kesan penurunan harga.
00:49Muhammad Kamal berkata, kesan penurunan harga berkenaan lebih menjejaskan pengusaha yang menjual durian kampung ekoran lambakan hasil yang begitu ketara
00:58berbanding variati premium.
01:00Katanya, durian kampung lebih terjejas kerana lebih banyak ditanam dan dijual secara meluas oleh pengusaha sekaligus menyebabkan lambakan yang begitu
01:08ketara terhadap variati ini.
01:10Selain itu, beliau berkata, isu lambakan durian perlu diberi perhatian dari sudut pengurusan rantai yang pemasaran bagi memastikan lebihan bekalan
01:19dapat disalurkan secara lebih tersusun termasuk ke sektor pemprosesan dan industri hiliran.
01:24Terima kasih kerana menonton!
Comments