Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Peraturan baharu mengenai pelaburan ke luar negara dikuatkuasakan di China pada 1 Julai lalu.
Transcript
00:00Peraturan baru mengenai pelaburan ke luar negara dikuatkuasakan di China pada 1 Julai lalu.
00:06Sebagai peraturan pentadbiran pertama dalam bidang pelaburan ke luar negara,
00:10ia bukan sahaja bertujuan menjamin keselamatan serta hak dan kepentingan sah pelabur,
00:15malah menyediakan jaminan perundangan kepada syarikat China untuk menyertai kerjasama dan persaingan di peringkat antarabangsa.
00:24Peraturan itu juga berperanan menjamin keselamatan dan kepentingan pembangunan negara secara berkesan.
00:31Pada masa ini, China menubuhkan lebih 50,000 syarikat di lebih 190 negara dan wilayah di seluruh dunia.
00:38Sementara itu, jumlah pelaburan China di luar negara kekal berada dalam kelompok 3 teratas dunia selama 9 tahun berturut-turut.
00:46Penyelidik Institut Perdagangan Antarabangsa dan Kerjasama Ekonomi di bawah Kementerian Perdagangan China,
00:53Xiaomi berkata, perdagangan antarabangsa mempunyai peraturan seperti yang ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia WTO.
01:00Namun menurutnya, belum ada peraturan pelaburan yang diterima pakai secara meluas di peringkat antarabangsa.
01:07Kata beliau ada syarikat berdepan pelbagai masalah termasuk berkaitan prinsip tanpa diskriminasi.
01:13Justeru ujar beliau layanan sama rata sepatutnya diberikan kepada syarikat tempatan dan asing dan China sudah melaksanakannya.
01:22Bagaimanapun, Zhao berkata, sesetengah negara masih mengenakan layanan bersifat diskriminasi terhadap syarikat China termasuk prosedur semakan yang lebih ketat
01:31sekaligus menghalang pelaburan syarikat China di negara berkenaan.
01:35Peraturan baharu yang dikuatkuasakan di China menyenaraikan dengan jelas langkah-langkah yang boleh diambil negara itu.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended