Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) memperkukuhkan strategi pengembangannya dengan membuka cawangan baharunya di IOI Resort City, Putrajaya.
Transcript
00:00Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan Megaklinik Dr. Sufian MKDS memperkukuhkan strategi perniagaannya dengan membuka cawangan baru di IOI Resort
00:10City Putrajaya,
00:11yang sekaligus menetapkan asas untuk memperluaskan rangkaian perniagaan ke seluruh negara dan basara antarbangsa menjelang 2028.
00:19Pengarah Urusan Eksekutif MKDS Dr. Sufian Sani Sayuti berkata,
00:24pembukaan cawangan ketiga itu adalah sebahagian daripada pelan pertumbuhan syarikat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat
00:31terhadap perkhidmatan pengurusan obesiti perubatan, rawatan penyakit kronik dan penjagaan kesihatan pencegahan.
00:38Beliau berkata, calengan baru itu bukan sahaja meningkatkan kapasiti operasi syarikat,
00:43malah menjadi model pembangunan klinik masa depan yang menggabungkan teknologi pemantauan,
00:49rawatan diperibadikan dan penjagaan kesihatan holistik.
00:52Katanya, beliau melihat permintaan terhadap rawatan obesiti dan penyakit metabolik terus meningkat
00:57justeru pengembangan rangkaian klinik menjadi antara strategi utama pertumbuhan syarikat.
01:03Pada mandir sama, MKDS turut menerima pengiktirafan Asia Records dan ASEAN Records
01:09selepas merekodkan penyertaan seramai 2,630 pesakit dalam program pengurusan berat badan perubatan
01:16di bawah pemantauan doktor sepanjang tahun lalu.
01:20Sufian berkata, pengiktirafan itu mengukuhkan kredibiliti syarikat serta membuktikan penerimaan pasaran
01:26terhadap pendekatan rawatan obesiti yang berasaskan bukti klinikal.
01:30Selain itu, ujah beliau, syarikat turut memperkukuhkan modal insan dengan menyediakan latihan
01:35berterusan kepada 8 doktor yang mengendalikan rawatan obesiti perubatan di seluruh rangkaian kliniknya.
01:41Beliau berkata, pelaburan dalam pembangunan tenaga pakar dan teknologi pemantauan penting
01:46bagi memastikan rawatan yang diberikan memenuhi standar klinikal
01:50serta meningkatkan keyakinan pesakit terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
01:54Majlis pembukaan cawangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Recommended