Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Transcript
00:00Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3% pada 2025 dengan keluaran dalam negeri kasar KDNK meningkat kepada RM130.3 bilion
00:10berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya.
00:15Jabatan Perangkaan Malaysia, Dossam dalam kenyataan memaklumkan perkembangan itu disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan di negeri itu.
00:24Menurut Dossam, sektor pembuatan dan perkhidmatan terus mendominasi ekonomi negeri itu dengan sumbangan kumulatif 94% kepada KDNK diikuti sektor
00:34pembinaan sebanyak 3.3%.
00:37Ketua Perangkaan Datuk Seri Mama Uzi Mahidin berkata sektor pembuatan menyumbang 47.3% kepada KDNK Pulau Pinang pada 2025
00:46dengan nilai ditambah RM61.7 bilion meningkat 10% berbanding pertumbuhan 4% pada tahun sebelumnya.
00:55Beliau berkata, subsektor elektrik, elektronik dan optik menjadi pemacu utama apabila berkembang 12.7% disokong peningkatan dalam segmen komponen
01:06dan papan elektronik, peralatan komunikasi serta elektronik pengguna.
01:11Selain itu, produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam direka turut menyokong pertumbuhan sektor ini apabila meningkat 8
01:19.7%.
01:21Sektor perkhidmatan pula mencatat nilai ditambah RM60.8 bilion berbanding RM58.4 bilion pada tahun 2024 dengan pertumbuhan 4.1
01:32% di pacu subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat 5.6% selain utiliti,
01:42pengangkutan dan penyimpanan serta teknologi maklumat dan komunikasi ICT sebanyak 2.7%.
01:49Sementara itu, sektor pembinaan mencatat nilai ditambah RM4.3 bilion berbanding RM3.8 bilion pada tahun sebelumnya dengan pertumbuhan 13
01:59.4% disokong subsektor kejuriteraan awam dan pembinaan pertukangan khas.
02:05Dalam pada itu, KDNK perkapital Pulau Pinang meningkat kira-kira RM4,500 kepada RM80,000 melebihi paras nasional sebanyak RM60
02:16,000.
Comments

Recommended