00:00Gelombang haba yang melanda bandar New York menyaksikan suhu mencecah 37.8 darjah Celsius pada Kamis
00:06menyebabkan penduduk pelancong serta haiwan peliharaan mencari pelbagai cara mengurangkan bahang.
00:13Di Battery Park, orang ramai menggunakan stesen penyejukkan, air pancut dan berteduh di bawah payung
00:18bagi mengelakkan pendedahan terus kepada cuaca panas.
00:22Seorang pemandu pelancong tempatan berkata,
00:25walaupun cuaca musim panas menyebabkan ketidakselesaan,
00:29suasana di bandar itu tetap meriah kerana lebih ramai memilih untuk melakukan aktiviti di luar.
00:33Dalam pada itu, pelancong dari Bogota, Kolombial, Sebastian Esposito
00:38tetap meneruskan lawatan ke lokasi ikonik di New York meskipun berdepan cuaca panas.
00:53Katanya, dia gembira dapat melihat salah satu bandar paling terkenal di dunia
00:57walaupun terpaksa berpanas.
01:00Bagi pemilik haiwan peliharaan pula, cuaca panas memerlukan penjagaan tambahan.
01:04Bobby Bunn membawa anjing peliharaannya ke sebuah kedai haiwan di Union Square
01:08untuk menjalani rawatan dandanan selain berehat dalam kawasan berhawa dingin.
01:38Di seluruh New York, penduduk terpaksa bergantung kepada tempat teduh,
01:42penghawa dingin, air pancut dan pelbagai produk penyejuk
01:45sementara menunggu cuaca kembali reda.
Comments