Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tabung Haji dan Bank Islam lancar DAYA INSANI dengan dana RM1 juta bagi memperkasa belia asnaf melalui latihan, pendedahan industri dan peluang kerja, menyasarkan lebih 100 peserta fasa awal.
Transcript
00:00Lembaga Tabung Haji TH bersama Bank Islam Malaysia Berhad melalui inisiatif Saraka House melancarkan program pembangunan belia asnaf untuk pemerkasaan
00:08individu secara inklusif dan mampan daya insani dengan dana permulaan sebanyak 1 juta ringgit.
00:14Program ini diwujudkan bagi memperkasa belia asnaf dan anak yatim melalui latihan kemahiran khusus, penderahan industri serta pendapatan pekerjaan berkualiti
00:23bersama rakan strategi industri yang dikenalpasti.
00:29Sejajar dengan aspirasi bakat madani, daya insani memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan mobiliti sosial dan ekonomi golongan sasaran melalui pembangunan
00:37model insan yang lebih inklusif dan mampan.
00:40Menurut TH, program ini menggabungkan latihan kemahiran, pengalaman industri dan peluang pekerjaan bagi melahirkan individu yang berdaya saing serta mampu
00:47menyumbang kepada pembangunan negara.
00:49Serentak pelancarannya, TH telah menyeluruhkan dana perintis 1 juta ringgit kepada Saraka House.
00:54Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 belia asnaf dan anak yatim sebagai fasa awal pelaksanaan.
01:01Sumbangan kepada dana daya insani turut dibuka kepada syarikat korporat, institusi dan individu yang ingin bersama-sama menyokong pembangunan generasi
01:09muda yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.
01:11Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH, Mustaqim Mohamad berkata,
01:15daya insani mencerminkan komitmen TH dalam memperkasa pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan belia asnaf dan anak yatim.
01:22Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka, TH Maimunah Raja Abdul Aziz berkata,
01:29program ini membuktikan komitmen Bank Islam dalam memperkasa bakat muda melalui pendekatan kewangan sosial yang memberi impak terus kepada masyarakat.
01:37Program daya insani dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat masa depan negara,
01:41selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dalam membina masyarakat yang lebih inklusif, progresif dan sejahtera.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended