Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Calon PH bagi DUN Machap, Nor Hafiz Roslan, mahu membawa "nur" atau sinar baharu kepada kawasan itu dengan menawarkan kepimpinan yang lebih dekat dengan rakyat pada PRN Johor.
Transcript
00:00Pertemuan Dewan Undangan Negeri Dun Macap menyaksikan persaingan unik antara dua calon yang berkongsi nama Hafiz.
00:07Calon Pakatan Harapan daripada Amanah Nur Hafiz Ruslan berkata beliau mahu membawa sinar baru ke Macap jika diberi mandat pada
00:14pilihan raya negeri Johor.
00:16Nur Hafiz yang berdepan penyandang merangkap Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi, mengakui persaingan itu bukan mudah.
00:23Namun beliau menyifatkannya sebagai peluang menawarkan kepimpinan baru kepada pengundi Macap.
00:27Saya dipilih dan diamanahkan untuk berada di Macap dan bertanding di Macap.
00:35Kenapa? Mudah saya boleh simpulkan untuk membawa Nur di Macap, sebenarnya nama saya juga.
00:42Kenapa saya nak menang? Sebab saya nak tunjukkan bahawa rakyat negeri Johor, rakyat Macap berhak untuk mendapat seorang ahli Dewan
00:51Undangan Negeri
00:52yang betul-betul cakna dan betul-betul bukan hanya sekadar terkenal di luar tetapi juga disayangi di Macap.
00:59InsyaAllah doakan saya supaya saya dapat pegang amanah tersebut.
01:02Mengulas sebab pengundi perlu memilih beliau berbanding penyandang yang juga Menteri Besar Johor.
01:08Nur Hafiz berkata perubahan memerlukan keberanian rakyat memberikan mandat kepada kepimpinan baru.
01:13Pada PRN Johor 2022, Datuk On Hafiz Ghazi memenangi Dun Macap dengan majoriti 6,543 undi.
01:20Pada PRN Johor kali ini, Dun Macap yang mempunyai 35,206 pengundi berdaftar menyaksikan pertandingan satu lawan satu
01:28antara calon Barisan Nasional Datuk On Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan Nur Hafiz.
Comments

Recommended