Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Keluarga seorang pemuda berusia 22 tahun yang maut selepas dipercayai dipukul sekumpulan individu di Pekan Nanas menuntut keadilan dan berharap tragedi itu menjadi pengajaran agar keselamatan awam tidak dipandang ringan.
Transcript
00:00Siapa sangka perjalanan keluar rumah seorang pemuda berusia 22 tahun menjadi perpisahan abadi dengan ahli keluarga?
00:09Cita-cita dan impian turut sama berkubur hanya kerana keganasan jalanan tanpa tahu di mana puncanya.
00:16Ini tangisan ahli keluarga R. Arun Kumar yang masih bergelut untuk menerima pemergiannya.
00:25Arun Kumar, penghidap penyakit jantung congenital, sejak kecil merupakan seorang yang baik hati, lemah lembut dan tidak pernah mencari masalah
00:34dengan sesiapa.
00:35Masa beranak, satu bulan dia sudah operasi. Untuk operasi untuk dia punya jantung, urat dia tak jalan.
00:44Jadi dalam hati dia ada pipe untuk saluran darah itu.
00:50Lepas tu dia beranak bulan satu dia sudah operasi, 25 ribu lebih kita keluar duit operasi dekat IGNKM.
01:01Lepas tu 7 tahun dia beranak 7 tahun lepas tu operasi lagi satu.
01:0757 ribu kita keluarkan operasi tukat tube.
01:11Lagi 11 tahun ke 9 tahun, kita operasi lagi untuk keluarkan Rp75,000 untuk operasi tukar tube tu dekat KSI.
01:23Sebagai anak muda, mendiang hanya mempunyai impian sederhana iaitu memiliki kenderaan sendiri, membawa keluarga bercuti dan membuka perniagaan kecil pada
01:32masa hadapan.
01:33Namun siapa sangka mangsa yang keluar ke Pekan akhirnya menjadi mangsa pukul oleh sekumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kedai
01:41di Pekananas, Pontian.
01:44Bagi kakak mangsa, Jay Rajaswari adiknya adalah seorang yang bertanggungjawab dan sangat disenangi dalam kalangan keluarga serta rakan-rakan.
01:53Apa yang mahukan sekarang adalah untuk mana-mana pihak tampil bagi memastikan urusan perundangan dapat berjalan lancar.
02:03Sebab kita tak boleh letak lawyer. Lawyer persona ke, lawyer yang kalau mesti tahu kan, kalau letak lawyer pun kena
02:12nak, bajet-bajet pun nak kena seribu macam tu kan.
02:15So kita tak ada. So kita biar je lah. Tapi dengan tolong, tanya dengan tolong, eh minta tolong dekat YB
02:22je.
02:23YB ke apa-apa yang ketua-ketua yang kawasan ke boleh tolong ke semua kongsi bagi tolong letak yang buatkan,
02:30buka yang fail Arun Kumar lagi sekali.
02:33Macam tu je.
02:35Menurut Rajaswari, pihak keluarga sangat menghargai tindakan pantas polis diraja Malaysia yang berjaya menahan tujuh suspek berusia 17 hingga 28
02:44tahun dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.
02:48Perjuangan keluarga kini adalah untuk melihat keadilan dilaksanakan buat mangsa serta memastikan tiada lagi keluarga yang menanggung kehilangan seperti yang
02:58mereka alami.
02:58Sekaligus menuntut agar mana-mana pihak yang menjadi pemimpin setempat agar dapat mengambil langkah proaktif bagi menghalangnya daripada berulang.
03:07Sekarang ada harapin.
Comments

Recommended