00:00Sektor automotif dijangka kembali mencatat momentum baik pada separuh kedua 2026 apabila keadaan pembiayaan terus kekal memudahkan pembelian baharu.
00:09Demikian menurut firma penyelidikan CIMB Securities.
00:13Namun firma itu mengingatkan pengeluar dan pengedar masih berdepan cabaran akibat persaingan harga yang sengit, tekanan margin keuntungan serta ketidaktentuan
00:24kadar pertukaran huang asing forex.
00:28Justeru ia mengekalkan penarafan neutral ke atas sektor ini walaupun menjangka prestasi jualan bertambah baik pada enam bulan terakhir 2026
00:37disokong dasar kerajaan dan pelancaran model baharu.
00:40Ujarnya, unjuran jumlah keseluruhan industri TIV 2026 iaitu 780,000 unit susut 5% daripada 2025 dan anggaran Persatuan Automotif
00:52Malaysia MAA sebanyak 790,000 unit.
00:56Menurutnya, anggaran itu masih mengambil kira persekitaran ekonomi semasa yang banyak cabaran serta tekanan inflasi akibat peningkatan kos tenaga sesulan
01:06konflik di rantau Timur Tengah.
01:08Bagaimanapun, jualan dijangka lebih kukuh pada separuh kedua berdasarkan corak bermusim yang secara purata menyumbang sekitar 54% daripada jumlah
01:17jualan tahunan sepanjang sedekat lalu.
01:20Dalam pada itu, CIMB Sekuriti menambah permintaan dijangka terus disokong pelaksanaan subsidi petrol Budi 95 sebanyak 200 liter sebulan selain
01:30memperluasan subsidi diesel Budi digabungkan mulai 1 Julai 2026.
01:36Langkah itu berpotensi menghidupkan semula segmen pick-up selepas jualannya merosot 16.7% dalam tempoh 5 bulan pertama tahun
01:45ini, rendah berbanding prestasi keseluruhan pasaran.
Comments