Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Komander SOUTHCOM Jeneral Francis Donovan menegaskan tentera Amerika Syarikat (AS) akan terus membantu Venezuela sehingga tugas itu selesai.
Transcript
00:00Pentagon mengerahkan kira-kira 2,000 anggota tentera untuk membantu Venezuela yang dilanda gempa bumi. Perkara itu dimaklumkan Komanda Southcom,
00:08General Francis Donovan yang memaklumkan jumlah itu merangkumi anggota di darat, udara dan laut di sekitar Venezuela.
00:18Menurut transkrip dikeluarkan Jabatan Negara Amerika, Donovan dalam satu taklimat berkata, anggota dikerahkan bekerja setiap hari bagi membantu operasi mencari
00:27dan menyelamat usaha pemulihan serta penghantaran bekalan yang diperlukan.
00:32Tegas General itu tentera Amerika akan terus membantu Venezuela sehingga selesai.
00:37Menurut data terkini pihak berkuasa Venezuela, lebih 2,000 orang maut dalam dua gempa bumi yang melanda negara itu pada
00:4524 Jun, manakala lebih 11,000 lagi cedera.
00:49Seramai 6,461 mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan sementara kira-kira 30,000 mangsa masih ditempatkan di pusat pelindungan
01:00sementara.
Comments

Recommended