00:00Bertemu kembali, seramai 16 kanak-kanak diselamatkan dari sebuah rumah di Hamden, Ohio, Amerika Syarikat
00:06selepas pihak berkuasa menemukan mereka hidup dalam keadaan yang disifatkan sebagai pengabayan serius
00:13dan persekitaran tidak selamat.
00:15Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak berusia antara 18 bulan hingga 18 tahun itu
00:20dipercayai dikurung dalam sebuah bilik dalam tempoh tidak kurang 4 tahun dan tidak pernah didaftarkan ke sekolah.
00:30Peguam Negara Negeri Ohio Andy Wilson berkata, keadaan semua kanak-kanak itu amat menyedihkan
00:36dan diibaratkan seperti haiwan liar ketika ditemukan.
00:40Empat anggota keluarga yang dikenalpasti sebagai ibu bapa serta datuk dan nenek kepada kanak-kanak berkenaan
00:46didakwa atas pertuduhan jenayah membahayakan kanak-kanak.
00:50Kesemua mereka hadir di Mahkamah Paderabu dan Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak $300,000 bagi setiap tertuduh.
00:58Kesemua 16 kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Kerajaan Negeri
01:03dan sedang menerima rawatan perubatan manakala pihak berkuasa meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan.
Comments