00:00Batik Air akan meningkatkan kekerapan penerbangan laluan Bintulu, Kuala Lumpur kepada dua kali sehari mulai 20 Julai sekaligus menawarkan penumpang
00:09lebih banyak pilihan perjalanan.
00:10Itu kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Singh dalam hantaran di Facebook.
00:16Beliau berkata pertambahan itu disahkan sesuaran komunikasi dan penyelarasan aktif dengan syarikat penerbangan berkenaan bagi menangani kebimbangan orang ramai berhubung
00:26kadar tambang serta ketersediaan penerbangan.
00:32King Singh berkata menerusi jadual baru itu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bintulu akan berlepas pada 10 pagi dan 2
00:39.30 petang setiap hari.
00:40Manakala penerbangan dari Bintulu ke Kuala Lumpur akan berlepas pada 1.10 tengah hari dan 5.40 petang.
00:47Katanya sekiranya permintaan terus meningkat pada masa hadapan, cadangan pertambahan satu lagi penerbangan akan dinilai semula yang berpotensi meningkatkan kekerapan
00:56penerbangan kepada 3 kali sehari.
00:58King Singh berkata kemajuan ekonomi Bintulu telah mendorong peningkatan permintaan perjalanan berkaitan urusan perniagaan, pendidikan, rawatan perubatan dan pelancongan.
01:07Selain beliau juga menyampaikan kebimbangan masyarakat berhubung keperluan menyediakan penerbangan yang mencukupi serta tambang berpatutan.
01:15Beliau turut menggesa syarikat penerbangan itu memastikan kestabilan operasi serta meningkatkan kekerapan penerbangan bagi mengelakkan pembatalan secara kerap atau perubahan
01:25jadual pada saat akhir yang boleh menjejaskan perancangan perjalanan penumpang.
01:29Beliau berkata penambahbaikan perkhidmatan penerbangan memerlukan kerjasama rapat antara kerajaan, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa berkaitan sambil menambah bahawa perkara
01:40utama yang menjadi perhatian orang ramai ialah pilihan penerbangan yang lebih banyak serta tambang yang berpatutan.
01:45Terima kasih.
Comments