Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Prasarana Malaysia Berhad akan terus memantau aliran penumpang di Laluan LRT Shah Alam termasuk kesan kesalinghubungan dengan Laluan Kelana Jaya dan MRT Kajang sebelum membuat keputusan untuk menambah tren atau meningkatkan kekerapan perkhidmatan.
Transcript
00:00Sebarang keputusan untuk menambah tren atau meningkatkan kekerapan perkhidmatan bagi laluan LRT Sya'alam akan dibuat selepas melihat kesaling hubungan
00:09dengan laluan Kelana Jaya dan MRT Kajang.
00:12Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan berkata, pengguna dijangka mengambil masa untuk membiasakan diri dengan laluan baru
00:21sebelum corak sebenar perjalanan dapat dikenalpasti.
00:24So, kita kalau ikutkan buat masa ini, kita nak lihat dulu sebab pengguna-pengguna biasa di laluan yang baru ini,
00:32dia tak akan terus naik sebagai peak lah. So, dia akan ada masa untuk mereka mencuba dan sebagainya.
00:39Beliau berkata demikian selepas sesi tinjauan media sempena hari pertama operasi laluan Syah Alam di stesen LRT Glenmery 2.
00:47Menurutnya, Prasarana bersedia menambah kapasiti jika permintaan meningkat, termasuk kemungkinan menambah tren atau menyediakan tren tambahan di laluan Kelana Jaya
00:58dan MRT Kajang.
01:00Prasarana turut memantau kesesakan di stesen Glenmery yang menjadi hub pertukaran utama bagi mengenalpasti keperluan penambahbaikan operasi.
01:09Ketika ini, kekerapan tren laluan Syah Alam adalah antara 7.5 hingga 8 minit pada waktu puncak.
01:17Dengan sebarang perubahan, hanya akan dibuat berdasarkan data penggunaan sebenar selepas operasi stabil.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:27Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended