Skip to playerSkip to main content
Polemik debat Johor kini beralih daripada isu pentas politik kepada persoalan kredibiliti kepimpinan, susulan pendedahan bekas Speaker DUN Johor mengenai dakwaan pengurusan perbahasan dan ruang demokrasi negeri.

#PRNJohor #JohorMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdebatan dan kempen pilihan raya negeri PRN Johor dilihat ujian kepimpinan bagi calon-calon yang bertanding.
00:08Walaupun baru tiga hari masuk gelanggang, kempen setiap parti dilihat berkobar-kobar untuk memenangi hati pengundi.
00:16Dan wartawan Esro Awani, Firdaus Azil di Johor Bahru, mungkin ada perincian dan rangkuman untuk malam ini. Silakan, Firdaus.
00:25Baik, terima kasih rakan setugas di Bukit Jalil. Rangkuman untuk Dutia 29 Jun.
00:31Polimid Jebat dalam kempen pilihan raya negeri Johor kini memasuki fasa lebih kritikal apabila ia tidak lagi sekadar tertumpu kepada
00:38persoalan
00:39sama ada Datuk On Hafiz Ghazi akan berdepan dengan Dr. Mazimalik di Pentas Terbuka.
00:44Sebaliknya, perkembangan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan isu ini telah berkembang menjadi perbincangan yang lebih besar
00:51melibatkan kredibiliti kepimpinan, keterbukaan, pentadbiran serta bagaimana ruang demokrasi diuruskan di peringkat negeri.
00:58Pada peringkat awal, cadangan debat antara kedua-dua tokoh ini dilihat sebagai peluang untuk rakyat menilai perbezaan visi dan juga
01:06dasar menjelang hari pengundian.
01:08Namun, pendirian Barisan Nasional untuk menolak cadangan tersebut atas alasan menjaga keharmonian dan mengelakkan pertembungan terbuka
01:16telah menutup ruang kepada sebarang perbincangan lanjut.
01:19Dalam situasi itu, naratif masih berada dalam kerangka biasa iaitu perbezaan pendekatan antara kestabilan politik dan juga tuntutan kepada ketelusan.
01:30Tetapi, lanskap berubah apabila bekas speaker Dewan Undangan Negeri Johor iaitu Dr. Puan Zakasi tampil dengan serangan terbuka
01:38yang bukan sahaja menyentuh isu debat tetapi turun melibatkan pendedahan dalaman.
01:43Puan mendakwa Menteri Besar takut berdebat selain mendedahkan beberapa dawaan termasuk usaha untuk mengehadkan perbahasan sedang Dewan
01:52serta memendekkan sesi soal jawab di Dewan.
01:54Jadi, menurut beliau langkah itu didorong kebimbangan bahawa platform Dewan akan digunakan untuk mengkritik dasar kerajaan
02:00khususnya program Bantuan Kasih Johor dan pendahan ini jelas memberi dimensi baru kepada isu yang sebelum ini bersifat luaran.
02:08Dengan kini, ia turut melibatkan persoalan dalaman mengenai pengurusan institusi legislatif.
02:13Lebih penting kedudukan Puan sebagai bekas speaker memberi kredibiliti tertentu kepada dawaan tersebut
02:19sekaligus mengubah tone perdebatan daripada retorik kempen kepada isu takbir urus.
02:24Dalam masa sama, Puan turut mencabar alasan bahawa debat bukan cara Johor
02:28dengan menegaskan bahawa perdebatan boleh berlangsung secara berhemah tanpa menjejaskan kehamunian.
02:33Ini secara langsung membalikkan naratif yang dibawa oleh kerajaan negeri ataupun Dato'an sendiri.
02:38Dan ini meletakkan isu ini dalam konteks yang lebih luas.
02:41Bukan sekadar budaya politik tetapi tentang kesediaan berdepan penelitian awam.
02:46Di pihak pembangkang ataupun di pihak Pakatan Harapan, Dr. Mazri mengekalkan pendirian
02:50bahawa debat adalah medium penting untuk membentangkan idea dan halatuju pada rakyat.
02:56Ini sekaligus mengukuhkan persepsi keterbukaan dalam komunikasi politik.
03:00Sementara itu, respons daripada kepimpinan UMNO Pusat pula dilihat lebih tertumpu
03:05kepada mempersoalkan motif Puan termasuk dawaan bahawa tindakannya berpunca
03:10daripada rasa tidak puas hati berhubung pencalonan.
03:12Dan ini menunjukkan bahawa polemik ini bukan sahaja melibatkan pertembungan antara parti
03:17tetapi turut mencerminkan ketegangan dalaman yang semakin ketara.
03:22Dan situasi ini meletakkan Barisan Nasional dalam kedudukan sedikit defensif dari sudut naratif
03:27apabila fokus kempen yang sepatutnya tertumpu kepada kestabilan dan penyampaian dasar
03:33kini beralih kepada isu persepsi kepimpinan.
03:36Jadi persoalan yang kini timbul ialah
03:38adakah polemik ini akan memberi kesan kepada sentimen pengundi khususnya
03:43dalam kalangan pengundi tradisional yang selama ini menilai kestabilan sebagai faktor utama
03:48ataupun sama ada isu ini akan kekal sebagai polemik irid politik
03:52atau menembusi ke peringkat akal umbi yang akan menjadi penentu kepada kesan sebenar dalam kempen ini.
03:58Apa yang jelas, walaupun debat mungkin tidak berlaku seperti yang disadangkan
04:01pertembungan sebenar kini sedang berlaku dalam ruang persepsi, kredibiliti dan keyakinan terhadap kepimpinan negeri.
04:08Itu sedikit sebanyak rangkuman yang berlangsung
04:10ataupun pada 29 Jun dan sudah pasti tumpuan SRO Awani akan terus memberi tumpuan kepada pergerakan calon Waima
04:17daripada mana parti sekalipun kerana SRO Awani akan terus memberi liputan yang seimbang
04:21tanpa mengira parti.
04:23Jadi saya kira untuk rangkuman hari ini itu saja yang boleh saya kongsikan
04:25kembali kepada Rakan Sugas di Bukit Jalir.
Comments

Recommended