00:00Pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET perlu dilihat sebagai pilihan utama golongan belia dan bukan lagi laluan kedua dalam
00:08membina kerjaya masa depan.
00:11Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji TH, Mustaqim Mohamad berkata persepsi terhadap bidang itu perlu diubah seiring keperluan industri yang semakin
00:19meningkat terhadap tenaga kerja berkemahiran.
00:25Pada kami, kami rasa yang paling penting adalah bidang vokasional atau teknikal ini bukan lagi menjadi pilihan yang terakhir.
00:33Kita tidak mahu lagi bidang ini menjadi pilihan yang terakhir tetapi mungkin menjadi pilihan pertama mereka yang betul-betul berminat
00:40dalam bidang vokasional dan juga dalam bidang teknikal.
00:43Sebagai contoh, ada mereka yang memang berminat nak ambil nursing course.
00:47So, kita dengan kerjasama rakan industri kita iaitu KMI Healthcare, kita memberikan peluang untuk mereka untuk ambil tiga tahun nursing
00:57course diploma dan berikan diploma.
01:00Kemudian kita akan tempatkan mereka ke dalam hospital-hospital KMI Healthcare.
01:05Menurut beliau, Tabung Haji bersama Bank Islam Malaysia Berhad melalui Sadaka House melancarkan program daya insani di bawah inisiatif bakat
01:15madani bagi memperkasa belia asnaf dan anak yatim.
01:19Program itu memberi tumpuan kepada latihan kemahiran, pendedahan industri dan penempatan pekerjaan bagi meningkatkan keboleh pasaran peserta.
01:27Setakat ini, sebanyak RM2 juta berjaya dikumpulkan bagi menjayakan program berkenaan dengan sasaran membantu lebih ramai belia memperoleh kemahiran dan
01:37pekerjaan yang mampan.
Comments