Skip to playerSkip to main content
Pas menetapkan pendirian untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera parti di 11 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

#PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:02PAS menetapkan pendirian mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Johor dan menggerakkan seluruh jentera parti di sebelas kerusi yang ditandingi
00:11pada pilihan raya negeri PRN Johor.
00:14Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyarat khas PAS Pusat yang diadakan pada Isnin.
00:24Menerusi satu kenyataan pada Isnin, PAS juga akan menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan Jom Jaga
00:32Johor.
00:33Tambah kenyataan itu, pengundi diseru tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan
00:42barisan nasional dan Pakatan Harapan.
00:44Seterusnya, PAS juga akan menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
00:50Pada awal Jun, PAS memutuskan kerjasama politik dengan bersatu namun kedua-dua parti itu masih kekal sebagai komponen dalam gabungan
00:58PN.
00:58PN akan bertanding di 33 kerusi Dun dengan bersatu, diperuntukkan 16 kerusi, diikuti PAS 11 kerusi, Parti Rakyat India Malaysia
01:08MIPP 5 kerusi dan Pejuang 1 kerusi.
Comments

Recommended