Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli berdepan tindakan disingkirkan daripada institusi berkenaan sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.
Transcript
00:00Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara MRSM di Johor yang disyaki terlibat dalam kes buli berdepan tindakan disingkirkan daripada institusi
00:09berkenaan,
00:10sekiranya didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.
00:13Pengerusi Majlis Amanan Rakyat Mara, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki berkata,
00:18sesulan laporan kes terbaru itu, beliau telah mengarahkan bagian pendidikan menengah BPM Mara dan pentadbiran MRSM
00:25supaya mengadakan mesyuarat jawatan kuasa disiplin Maktab JDM dengan kadar segera.
00:34Tegasnya mesyuarat JDM perlu diadakan dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam
00:39bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat
00:44dan jika terbukti bersalah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM.
00:50Saya amat berduka cita, kesal dan kecewa kerana masih berlaku perbuatan buli
00:57yang dikabarkan kepada saya melalui media sosial, TREP, oleh ibu bapa mangsa
01:03yang diketahui perbuatan tersebut hanya selepas beliau minta ibu bapanya untuk keluar daripada MRSM.
01:11Perbuatan ini disyaki dilakukan oleh enam orang pelajar tingkatan lima
01:17dan ibu bapa pelajar tersebut telah pun melaporkan kepada pihak berkuasa khususnya PDRM
01:24dan saya dimaklumkan enam orang pelajar tingkatan lima telah pun ditahan reman selama dua hari di IPD Bakar.
01:31Beliau turut menegaskan, walau apa juga alasan yang diberikan,
01:36perbuatan membuli atau mengambil tindakan sendiri atas alasan mahu mendisiplinkan pelajar junior
01:41sama sekali tidak boleh diterima dan tidak akan dikompromikan.
01:46Ashraf Wajdi turut menyeru kepada semua pelajar MRSM
01:49agar tidak takut untuk melaporkan sebarang kejadian buli kepada guru,
01:53wadan atau pihak pentadbiran dengan segera
01:56serta tidak memilih untuk keluar dari sekolah semata-mata kerana menjadi mangsa.
02:00Media melaporkan enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis pada awal pagi ahad
02:06bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki 14 tahun
02:11di sebuah sekolah di Muar pada Mei lepas.
Comments

Recommended