Skip to playerSkip to main content
Kempen Pilihan Raya Negeri Johor kini bukan sahaja menyaksikan persaingan pelbagai penjuru, malah perkembangan terkini turut memperlihatkan percanggahan kenyataan beberapa pemimpin mengenai kemungkinan wujudnya rundingan antara UMNO dan PAS.
Ikuti laporan lanjut daripada wartawan kami, Firdaus Azil.

#PRNJohor #JohorMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:02Kita beralih ke Johor.
00:05Kempen pilihan raya negeri Johor kini bukan sahaja menyaksikan persaingan pelbagai penjuru,
00:10malah ada perkembangan terkini yang turut memperlihatkan percanggahan kenyataan beberapa pemimpin
00:16mengenai kemungkinan wujudnya rundingan antara UMNO dan PAS.
00:21Susulan itu, ada pihak mendakwa perbincangan tersebut berlaku tanpa penglibatan penuh perikatan nasional.
00:29Kita langsung sahaja bersama dengan laporan lanjut daripada wartawan kami, Fidaus Azil.
00:34Langsung kami bawakan dari tulang Johor Baru. Silakan.
00:40Baik, terima kasih Zul di Pusat Penyarahan Asia.
00:43Seperti yang Zul cakapkan tadi, apa yang berlaku di Johor ketika ini menunjukkan dinamika politik yang semakin kompleks,
00:49khususnya melibatkan hubungan antara UMNO, PAS dan Perikatan Nasional.
00:53Walaupun barisan nasional menegaskan akan bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi,
00:58Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini tidak menolak kemungkinan wujud perbincangan dengan PAS.
01:04Namun menyatakan ia mungkin berlaku di peringkat bawahan parti.
01:08Pada masa yang sama, Tan Sri Anwar Musa pula mengesahkan wujudnya perbincangan melibatkan kedua-dua parti
01:13melalui sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada wakil UMNO dan PAS.
01:17Sementara itu, pimpinan PAS termasuk Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak mengesahkan atau menafikan secara jelas kewujudan rundingan tersebut.
01:26Dan dalam perkembangan berkaitan Ketua Penerangan Bersatu ataupun Parti Perbumi Bersatu Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz
01:32mendakwa rundingan antara UMNO dan PAS berlaku tanpa perlibatan penuh Perikatan Nasional
01:36dengan merujuk percanggahan kenyataan beberapa pemimpin berhubung perkara itu.
01:41Beliau turut menyimpulkan bahawa rundingan antara kedua-dua parti tersebut berlaku di belakang Perikatan Nasional.
01:47Dalam pada itu, Menteri Besar Johor yang juga pengerusi Barisan Nasional Johor, Dato' On Hafiz Ghazi menegaskan
01:53Barisan Nasional di negeri itu kekal dengan pendirian untuk bergerak secara solo.
01:57Di peringkat keseluruhan, PRN Johor kali ini menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru melibatkan Barisan Nasional,
02:03Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan selain kehadiran parti-parti lain seperti muda parti bersama pimpinan Dato' Sri Rafizi Ramli dan
02:09sebagainya
02:10perkembangan semasa juga menunjukkan wujud pelbagai pembincangan dan interaksi politik antara parti-parti utama
02:16walaupun secara rasmi, Zul, masing-masing mengekalkan pendirian tersendiri menjelang hari pengundian.
02:21Dan sudah pasti banyak lagi kemas ini yang akan kita bawakan, terutamanya daripada wakil-wakil awani yang berada di seluruh
02:28pelosok Johor.
02:29Kita ada Amiro Aiman, Yasmin Natasya dan juga Khalid Shkadir bersama jurukamera masing-masing.
02:34Jadi pada masa ini saya kira itu saja yang boleh saya bawakan dari Johor baru.
02:39Dan sudah pasti kita akan terus melipatgandakan usaha untuk mendapatkan liputan yang adil di antara calon-calon yang bertanding
02:46untuk pilihan raya negeri Johor kali ini, Zul.
02:49Kembali pada Zul di Pusat Penyarahan Asia.
02:51Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended