00:00Pasukan Keselamatan Irak menahan beberapa ahli politik, ahli parlimen dan pegawai kanan kerajaan dalam operasi awal pagi ahad.
00:09Menurut Sumber Keselamatan dan Perundangan, tindakan penahanan itu menandakan permulaan kempen antirasuah berskala besar yang diarahkan Perdana Menteri Ali Al
00:20-Zaidi.
00:23Sumber berkata unit elit Perkhidmatan Anti-Keganasan CTS menyerbu kediaman ahli politik dan pegawai kanan kerajaan dalam zon hijau yang
00:32dikawal ketat di Baghdad sebelum membuat beberapa tangkapan.
00:36Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung penahanan itu.
00:40Ali yang memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei lalu berikra membanteras rasuah dari akar umbi.
00:46Rasuah antar cabaran terbesar dalam takbir urus Irak meskipun kerajaan terdahulu berulang kali berjanji bahawa pihak yang terbabit ke muka
00:53pengadilan.
00:54Menurut tiga sumber terbabit, penahanan itu membawa kepada pengeluaran beberapa lagi waran tangkap yang dilaksanakan hari ini.
01:01Operasi dilancarkan atas arahan langsung Ali selepas pihak kehakiman Irak mengeluarkan waran tangkap sebagai sebahagian daripada tindakan terhadap rangkaian yang
01:09disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah.
Comments