00:00Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, bertekad pulang ke tanah airnya tahun ini biarpun berdepan hukuman mati yang dijatuhkan syarikat
00:09in absentia oleh Mahkamah di Dhaka.
00:12Dalam temubual eksklusif yang disiarkan NDTV pada Ahad, Hasina berkata beliau tidak gentar dengan hukuman itu dan yakin masih mempunyai
00:21sokongan rakyat Bangladesh.
00:25Hasina berkata pembunuhan bapanya Sheikh Mujibur Rahman pada 1975 menjadikannya lebih tabah meneruskan perjuangan politik.
00:34Beliau turut mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tariq Rahman yang mengharamkan aktiviti parti Liga Awami serta mengecualikan penyokongnya daripada proses
00:45pilihan raya.
00:46Menurut Hasina, tindakan itu berisiko meningkatkan ketegangan politik dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara.
00:53Hasina melarikan diri ke India menggunakan helikopter tentera pada Ogos 2024 selepas digulingkan dalam pergolakan politik dan kini masih menetap
01:03di negara itu.
01:05Kerajaan Bangladesh pula terus menggesa India mengekstradisi Hasina bagi menghadapi hukuman yang dijatuhkan mahkamah.
Comments