00:03Calon Pakatan Harapan Dun Tanjung Surat Faizul Abdul Ghani mengecam tindakan membakar bendera parti itu yang dipasang di hadapan jalan
00:12masuk gugusan Felda Adila awal pagi Ahad.
00:16Beliau menegaskan perbezaan fahaman politik tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan provokasi atau perbuatan khianat yang boleh mencemarkan amalan demokrasi
00:26serta merosakkan suasana kimpin pilihan raya.
00:32Menerusi hantaran di Facebook, Faizul berkata kejadian itu disyaki berlaku sekitar jam 2 pagi apabila Ketua Jentera Unit Logistik Calon
00:39menemui bendera berkenaan dalam keadaan terbakar.
00:42Susulan kejadian itu, wakil calon telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR dan Polisi Raja Malaysia untuk siasatan lanjut.
00:50Faizul turut menyeru semua penyokong, petugas parti dan masyarakat setempat agar bertenang serta tidak bertindak di luar batas undang-undang.
00:58Tegasnya, kempen pilihan raya sepatutnya menjadi medan persaingan idea, rekod perkhidmatan dan tawaran kepada rakyat, bukan dicemari dengan perbuatan khianat
01:07atau provokasi.
Comments