00:01Pendaftaran murid berusia 6 tahun ke tahun 1 bagi sesi 2027 jauh lebih rendah daripada jangkaan.
00:08Ramai ibu bapa memilih untuk tunggu dan lihat kerana masih ragu dengan kesiapsiagaan sekolah.
00:14Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Muhammad Ali Hassan berkata ibu bapa bimbang tentang bilik darjah, jumlah murid dan
00:22kecukupan guru.
00:24Ada juga yang merasakan anak mereka belum bersedia, terutama yang tidak mengikuti prasekolah.
00:30Menurutnya, kerajaan perlu memberi keyakinan bahawa semua persiapan sudah dibuat supaya pelaksanaan dasar ini tidak menjejaskan pembelajaran murid.
00:40Sementara itu, Setiausaha Agong Kesatuan Perikmatan Pergeruan Kebangsaan Malaysia Fauzi Singun berkata ibu bapa kini lebih teliti sebelum membuat keputusan.
00:51Mereka mahu memastikan sekolah guru dan kemudahan benar-benar bersedia.
00:57Fauzi turut mengingatkan banyak negara sudah lama memulakan persekolahan pada usia enam tahun.
01:03Katanya jika Malaysia terus ragu-ragu, kanak-kanak berisiko ketinggalan setahun berbanding rakan sebaya mereka.
01:12Zahrol Alam Yeh Syahir, FMT