Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan kerajaan melaksanakan inisiatif Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) bernilai lebih RM710 juta bagi melindungi pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan memperluas peluang pekerjaan.

Lebih RM580 juta disalurkan melalui PERKESO untuk memperkukuh Sistem Insurans Pekerjaan, manakala RM100 juta diperuntukkan melalui HRD Corp bagi latihan dan penempatan pekerjaan dengan sokongan MYFutureJobs, serta RM20 juta untuk latihan pekerja gig oleh PTPK dan RM10 juta melalui TalentCorp bagi memperluas latihan industri di PKS dan syarikat pemula.
Transcript
00:00Kedua, kita melihat dalam soal paket daya tahan ekonomi ataupun namanya PACE, Progressive Acceleration for Capability Employment, yang mana bernilai
00:11RM710 juta kepada untuk intervensi untuk melindungi sektor pekerjaan.
00:16Di bawah PACE ini, lebih RM580 juta kita salurkan atau sediakan melalui perkeso untuk kita kukuhkan sistem insurans pekerjaan.
00:28RM100 juta disediakan pula untuk HRDC menjalankan latihan dan penempatan kerja, juga yang mana disokong oleh platform My Future Jobs
00:39untuk membantu padanan pekerjaan.
00:41Kemudian, ada RM20 juta untuk kita latih pekerja gig melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran ataupun PTPK dan juga RM10 juta
00:52melalui Talent Corp.
Comments

Recommended