00:01Kepentingan bersama akan memastikan PAS dan Bersatu di peringkat negeri terus bekerjasama walaupun hubungan kedua-dua parti di peringkat pusat
00:09berdepan ketegangan menurut penganalisis politik.
00:14Taufik Yaakob dari Universiti Malaya berkata, kerajaan negeri perlu terus berfungsi walaupun berlaku pergolakan politik yang serius, menjadikan kerjasama di
00:24peringkat negeri sesuatu yang tidak luar biasa.
00:27Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah melantik pemimpin PAS sebagai penyelaras di tiga dun yang dikosongkan selepas
00:37parti itu menghentikan keahlian adun terbabit susulan krisis politik negeri itu.
00:43Menurut Taufik, pelantikan berkenaan boleh dilihat sebagai usaha menstabilkan pentadbiran negeri selepas kemelut yang turut menjadi antara punca keretakan hubungan
00:52PAS dan Bersatu di peringkat nasional.
00:55Sementara itu, penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Syazah Syukri berkata,
01:02faktor kelangsungan politik menyebabkan wujud perbezaan pendekatan antara negeri dan pusat dengan kedua-dua parti masih perlu bekerjasama dalam keadaan
01:12tertentu demi kepentingan bersama.
01:14Kadeja Juno, FMT
Comments