00:00Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan bahawa partinya menyokong kemasukan Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang ke dalam
00:09Perikatan Nasional atau PN dan hanya membantah penyertaan Parti Cinta Malaysia atau PCM.
00:15PCM dijenamakan sebagai Parti Wawasan Negara atau Wawasan selepas diambil alih oleh bekas Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainuddin dan penyokong
00:24beliau.
00:25Kenyataan Tun Faisal itu sebagai respons kepada laporan utusan Malaysia yang mendakwa kemasukan wawasan dan pejuang ke dalam PN gagal
00:34mendapat keputusan sebulat suara anggota majlis tertinggi gabungan itu.
00:38Beliau menyifatkan laporan itu tidak tepat, tidak benar dan mengelirukan dan berharap laporan itu dibetulkan bagi mengelakkan kekeliruan.
00:46Semalam naik Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu menerangkan bantahan terhadap PCM dibuat kerana PN masih berdepan ke mulut dalaman ekoran
00:56tindakan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu selain isu pendaftaran parti itu yang didakwa tidak teratur.
01:03Hamzah dalam kenyataan sebelum itu berkata partinya sah menjadi sebahagian anggota PN selepas dijenamakan semula daripada PCM.
01:11Hai Lihizati FMT
Comments